YouVersion Logo
Search Icon

Kejadian 35

35
Yakub kembali berdoa di Betel
1 # Kej 28:11-17. Allah berfirman kepada Yakub, “Bersiaplah, pergilah ke Betel dan tinggallah di sana. Di sana bangunkanlah sebuah mazbah untuk Allah, yang telah menampakkan diri kepadamu ketika kamu melarikan diri daripada Esau, abangmu.”
2Lalu Yakub berkata kepada seisi rumahnya dan kepada semua orang yang menyertainya, “Buanglah kesemua tuhan berhala bangsa asing yang ada dalam simpananmu. Sucikanlah dirimu dan tukarlah pakaianmu. 3Marilah kita bersiap-siap pergi ke Betel. Di sana aku akan mendirikan sebuah mazbah untuk Allah, yang mempedulikan aku ketika aku dalam kesusahan dan yang menyertai aku di jalan yang kutempuhi.” 4Maka mereka memberi Yakub kesemua tuhan berhala bangsa asing yang dimiliki mereka dan anting-anting yang ada di telinga mereka, dan Yakub menanam kesemuanya di bawah pokok oak yang tegak berdekatan dengan Sikhem.
5Kemudian mereka pun berangkat. Allah menyebabkan rasa takut melanda kota-kota yang ada di sekeliling mereka dan tiada yang memburu para anak Yakub itu. 6Maka Yakub bersama-sama semua anggota rombongannya itu tiba di Lus, iaitu Betel, di Tanah Kanaan. 7Dia pun mendirikan sebuah mazbah di situ lalu menamakan tempat itu, “El-Betel”,#35:7 Atau: Allah Yang Menyatakan Diri di Betel. kerana di sanalah Allah menunjukkan diri kepadanya ketika dia melarikan diri daripada abangnya. 8Pada waktu itu Deborah, pengasuh Ribka, meninggal lalu dikuburkan di hilir Betel, di bawah sebuah pokok oak. Maka pokok itu dinamai Pokok Oak Tangisan.
9Setelah Yakub kembali dari Padan-Aram, Allah menampakkan diri lagi kepadanya dan memberkatinya. 10#Kej 32:28.Firman Allah kepadanya, “Namamu Yakub, tetapi kamu tidak akan lagi disebut Yakub. Namamu akan menjadi Israel.” Maka Allah menamainya Israel. 11#Kej 17:4-8.Firman Allah kepadanya pula, “Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Beranakcuculah dan bertambah ramailah. Sebuah bangsa, bahkan sekumpulan bangsa akan berasal daripadamu, dan daripada keturunanmu akan muncul raja-raja. 12Negeri ini, yang Kukurniakan kepada Abraham dan Ishak, akan Kukurniakan kepadamu. Aku pun akan mengurniakan negeri ini kepada keturunanmu kelak.” 13Setelah itu, Allah meninggalkan Yakub di tempat Dia berfirman kepadanya. 14#Kej 28:18,19.Lalu tepat di tempat Allah berfirman kepadanya itu Yakub mendirikan sebuah tugu batu. Dicurahkannya persembahan minuman di atasnya lalu dituangkannya minyak ke atasnya. 15Yakub menamai tempat itu Betel, tempat Allah telah berfirman kepadanya.
Kelahiran Benyamin dan kematian Rahel
16Lalu berangkatlah mereka dari Betel. Ketika mereka tidak jauh lagi dari Efrata, tiba waktunya bagi Rahel untuk bersalin, dan dia merasa amat susah bersalin. 17Ketika dia mengalami kesukaran yang teruk, berkatalah bidan kepadanya, “Jangan takut, kerana kali ini pun kamu akan mendapat seorang anak lelaki.” 18Ketika dia hampir-hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir, dinamainya anak itu Ben-Oni tetapi ayah bayi itu menamainya Benyamin.
19Maka Rahel meninggal dan dimakamkan di sisi jalan menuju Efrata, iaitu Betlehem. 20Di atas makamnya Yakub mendirikan sebuah nisan, dan nisan makam Rahel itu masih ada sampai hari ini. 21Kemudian Israel berangkat lagi. Didirikannya khemahnya di seberang Migdal-Eder.
22 # Kej 49:4. Ketika Israel tinggal di negeri itu, Ruben meniduri Bilha, gundik ayahnya, dan hal itu terdengar oleh Israel.
Para anak lelaki Yakub semuanya berjumlah dua belas orang. 23Anak daripada Lea ialah Ruben, anak sulung Yakub, kemudian Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon. 24Anak daripada Rahel ialah Yusuf dan Benyamin. 25Anak daripada Bilha, hamba Rahel ialah Dan serta Naftali 26manakala anak-anak dari Zilpa, hamba Lea ialah Gad dan Asyer. Itulah anak-anak lelaki Yakub yang dilahirkan baginya di Padan-Aram.
27 # Kej 13:18. Akhirnya sampailah Yakub di tempat Ishak, ayahnya, iaitu di Mamre dekat Kiryat-Arba, iaitu Hebron, tempat Abraham dan Ishak tinggal sebagai pendatang. 28Ishak mencapai usia seratus delapan puluh tahun. 29Setelah itu Ishak, yang sudah tua dan lanjut umurnya, menghembuskan nafasnya yang terakhir lalu meninggal dan dikumpulkan bersama-sama para leluhurnya. Lalu anak-anaknya, Esau dan Yakub memakamkannya.

Currently Selected:

Kejadian 35: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in