Kejadian 14
14
Abram selamatkan Lut
1Pada zaman itu Amrafel raja Sinear, Ariokh raja Elasar, Kedorlaomer raja Elam, dan Tideal raja Goyim 2berperang melawan Bera raja Sodom, Birsya raja Gomora, Syinab raja Adma, Syemeber raja Zeboim, dan raja Bela, iaitu Zoar. 3Lima orang raja yang terakhir disebut itu bersekutu di Lembah Sidim, iaitu Laut Mati.#14:3 Laut Mati: Harfiah Laut Garam. 4Selama dua belas tahun lamanya raja-raja itu tertakluk di bawah pemerintahan Kedorlaomer, tetapi pada tahun ketiga belas, mereka memberontak. 5Pada tahun keempat belas datanglah Kedorlaomer bersama-sama para raja yang bersekutu dengannya, lalu mereka mengalahkan orang Refaim di Asyterot-Karnaim, orang Zuzim di Ham, orang Emim di Syawe-Kiryataim, 6dan orang Hori di pergunungan mereka yang bernama Seir, sampai ke El-Paran berdekatan dengan gurun. 7Kemudian mereka kembali menyerang En-Mispat, iaitu Kadesh, dan menakluki seluruh negeri orang Amalek dan juga orang Amori yang tinggal di Hazezon-Tamar.
8Maka keluarlah raja Sodom, raja Gomora, raja Adma, raja Zeboim, dan raja Bela, iaitu Zoar. Mereka mengatur barisan perang mereka di Lembah Sidim 9untuk melawan Kedorlaomer raja Elam, Tideal raja Goyim, Amrafel raja Sinear, dan Ariokh raja Elasar. Empat orang raja melawan lima orang raja. 10Lembah Sidim penuh dengan lubang tar dan ketika raja-raja Sodom dan Gomora melarikan diri ke Lembah Sidim, ada beberapa daripada mereka yang terperosok ke dalam lubang-lubang tar itu manakala yang masih hidup melarikan diri ke pergunungan. 11Empat orang raja yang menang merampas segala harta benda Sodom dan Gomora serta segala bahan makanan mereka lalu pergi. 12Mereka juga membawa Lut, anak saudara Abram, dengan harta bendanya kerana ia tinggal di Sodom. Setelah itu, mereka pergi.
13Lalu seorang yang berjaya melarikan diri pergi menemui Abram, orang Ibrani itu dan memberitahukan hal itu kepadanya. Pada masa itu Abram tinggal berdekatan dengan pokok-pokok oak milik Mamre, seorang warga Amori, saudara kepada Eskol dan Aner. Mereka ini ialah sekutu Abram. 14Ketika Abram mendengar bahawa anak saudaranya telah ditawan, dia mengerahkan 318 orang terlatih yang lahir di rumahnya. Lalu mereka mengejar gerombolan berkenaan sampai ke Dan. 15Abram membahagikan pasukannya untuk menyerang musuh pada waktu malam. Mereka mengalahkan musuh dan mengejar mereka sampai ke Hoba, di sebelah utara Damsyik. 16Segala harta benda dibawanya kembali, juga Lut, saudaranya, dengan harta bendanya, serta perempuan-perempuan dan orang lain.
Abram bertemu dengan Melkisedek
17Setelah Abram kembali daripada mengalahkan Kedorlaomer serta para raja yang menjadi sekutunya, raja Sodom keluar untuk menemui Abram di Lembah Syawe, yang dikenali sebagai Lembah Raja. 18#Ibr 7:1-10.Kemudian Melkisedek, raja Salem yang merupakan seorang imam Allah Yang Maha Tinggi, membawa roti dan anggur. 19Dia memohon agar Abram diberkati, katanya,
“Diberkatilah Abram oleh Allah Yang Maha Tinggi,
Pemilik langit dan bumi.
20Segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi,
yang telah menyerahkan musuh-musuhmu ke dalam tanganmu.”
Lalu Abram memberinya sepersepuluh daripada segala harta benda itu.
21Berkatalah raja Sodom kepada Abram, “Berilah aku orang itu, dan ambillah harta benda itu untukmu.”
22Tetapi Abram menjawab raja Sodom, “Aku telah bersumpah kepada TUHAN, iaitu Allah Yang Maha Tinggi, Pemilik langit dan bumi, 23bahawa aku tidak akan mengambil selembar benang atau tali kasut pun daripada semua yang ada padamu supaya jangan kamu berkata, ‘Aku telah membuat Abram kaya.’ 24Aku tidak akan mengambil apa-apa pun kecuali pampasan bagi apa yang dimakan atau digunakan oleh orang muda yang menyertai aku, iaitu Aner, Eskol, dan Mamre. Biarlah mereka mengambil bahagian masing-masing.”
Currently Selected:
Kejadian 14: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited