YouVersion Logo
Search Icon

Yehezkiel 43

43
Kemuliaan TUHAN memasuki Bait Suci
1Setelah itu, dia membawa aku ke pintu gerbang yang menghadap ke arah timur, 2#Yeh 10:3,4,18,19; 11:22,23; Why 1:15.dan tampaklah kemuliaan Allah Israel datang dari sebelah timur. Bunyinya seperti bunyi limpahan air, dan bumi bersinar oleh kemuliaan-Nya. 3Penglihatan itu sama seperti penglihatan yang kudapat ketika Dia datang untuk memusnahkan kota itu, juga sama seperti penglihatan yang kudapat di tepi Sungai Kebar. Lalu aku pun bersujud. 4Kemuliaan TUHAN masuk ke dalam Bait Suci melalui pintu gerbang yang menghadap ke sebelah timur.
5Roh itu mengangkat aku dan membawa aku ke pelataran dalam. Tampak kemuliaan TUHAN memenuhi Bait Suci. 6Kemudian kudengar Dia berfirman kepadaku dari dalam Bait Suci, sementara orang itu berdiri di sampingku. 7Firman-Nya kepadaku, “Wahai anak manusia, inilah tempat arasy-Ku#43:7 Perkataan “arasy” mempunyai banyak maksud, tetapi pada umumnya yang dimaksudkan ialah singgahsana atau takhta Tuhan. dan tempat tumpuan kaki-Ku. Di sinilah Aku akan bersemayam untuk selama-lamanya di tengah-tengah orang Israel. Keturunan kaum Israel — mereka dan juga raja-raja mereka — tidak akan lagi menajiskan nama-Ku yang suci dengan perbuatan kafir mereka, dengan berhala raja-raja mereka di bukit pemujaan, 8atau dengan menaruh ambang pintu mereka dekat ambang pintu-Ku dan tiang-tiang pintu mereka di samping tiang-tiang pintu-Ku sehingga hanya tembok yang memisahkan Aku dengan mereka. Mereka telah menajiskan nama-Ku yang suci dengan kekejian yang dilakukan mereka, sebab itu Aku menghancurkan mereka dalam murka-Ku. 9Sekarang, biarlah mereka menjauhkan perbuatan kafir serta berhala raja-raja mereka daripada-Ku, maka Aku akan bersemayam di tengah-tengah mereka untuk selama-lamanya.
10Engkau, wahai anak manusia, beritahulah keturunan kaum Israel tentang Bait Suci ini supaya mereka berasa malu atas kesalahan-kesalahan mereka. Biarlah mereka memperhatikan rancangan mereka. 11Jika mereka berasa malu atas segala sesuatu dilakukan mereka, beritahulah mereka kerangka Bait itu, tata letaknya, pintu-pintu keluarnya, dan pintu-pintu masuknya — seluruh kerangkanya dengan segala ketentuan serta segala hukumnya. Tulislah di hadapan mata mereka supaya mereka memperhatikan seluruh wujudnya dan menuruti segala ketentuannya. 12Inilah hukum mengenai Bait itu: seluruh daerah di sekeliling puncak gunung itu adalah teramat suci. Ya, inilah hukum mengenai Bait itu.”
Ukuran mazbah dan perasmiannya
13 # Kel 27:1,2; 2Taw 4:1. Inilah ukuran mazbah dalam ukuran hasta (hasta ini satu telapak tangan lebih panjang daripada hasta biasa): bahagian dasarnya sehasta dalamnya dan sehasta lebarnya dengan pinggiran selebar satu jengkal pada sekeliling tepinya. Inilah tinggi mazbah itu: 14jarak dari dasar di tanah sampai tingkat terbawah ialah dua hasta dengan lebar satu hasta. Jarak dari tingkat terbawah sampai ke tingkat yang di tengah ialah empat hasta dengan lebar satu hasta. 15Tempat pendiangannya empat hasta tingginya, dan dari tempat pendiangan itu menganjur empat batang tanduk. 16Tempat pendiangan itu berbentuk empat persegi dengan panjang dua belas hasta dan lebar dua belas hasta. 17Tingkat tempat kedudukan pendiangan itu pun berbentuk empat persegi dengan panjang empat belas hasta dan lebar empat belas hasta. Pinggiran di sekeliling mazbah lebarnya setengah hasta, manakala dasar di sekelilingnya lebarnya satu hasta. Tangganya menghadap ke timur.
18 # Kel 29:35-37; 1Mak 4:52-56. Dia berkata kepadaku, “Wahai anak manusia, beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Inilah ketentuan-ketentuan bagi mazbah itu: pada waktu mazbah itu didirikan dan orang hendak mempersembahkan korban bakaran di atasnya serta memercikkan darah padanya, 19berikanlah seekor lembu jantan muda sebagai korban penghapus dosa kepada imam-imam Lewi yang berasal daripada keturunan Zadok, iaitu orang yang boleh mendekat kepada-Ku untuk menyelenggarakan ibadat bagi-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 20Ambillah sebahagian daripada darahnya dan lumurkanlah pada keempat-empat tanduknya, pada keempat-empat penjuru tingkat itu, dan pada pinggiran di sekelilingnya. Demikianlah engkau harus menyucikan mazbah itu dan mengadakan pendamaian baginya. 21Ambillah pula lembu jantan untuk korban penghapus dosa. Biarlah lembu itu dibakar di tempat yang sudah ditentukan di Bait Suci, iaitu di luar tempat suci. 22Pada hari kedua persembahkanlah seekor kambing jantan yang tidak bercacat cela sebagai korban penghapus dosa. Mazbah itu harus disucikan, sebagaimana sudah disucikan dengan lembu jantan. 23Sesudah engkau menyelesaikan penyucian, persembahkanlah seekor lembu jantan muda yang tidak bercacat cela dan seekor domba jantan yang tidak bercacat cela daripada kawanan domba. 24Bawalah semua itu ke hadirat TUHAN. Kemudian para imam harus menaburkan garam ke atasnya serta mempersembahkannya sebagai korban bakaran kepada TUHAN. 25Tujuh hari lamanya engkau harus mengolah seekor kambing jantan tiap-tiap hari sebagai korban penghapus dosa. Harus diolah pula seekor lembu jantan muda serta seekor domba jantan yang tidak bercacat cela daripada kawanan domba. 26Tujuh hari lamanya mereka harus mengadakan pendamaian bagi mazbah itu dan menyucikannya. Demikianlah mereka merasmikannya. 27Setelah hari-hari itu berakhir, maka pada hari kelapan dan seterusnya imam harus mengolah segala korban bakaranmu serta segala korban kedamaianmu di atas mazbah itu, dan Aku akan berkenan kepadamu, demikianlah firman Tuhan ALLAH.’ ”

Currently Selected:

Yehezkiel 43: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in