YouVersion Logo
Search Icon

Keluaran 20

20
Sepuluh Perintah Allah
1Lalu Allah berfirman semua kata ini:
2“Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa kamu keluar dari Tanah Mesir, dari tempat perhambaan.
3Jangan ada padamu tuhan-tuhan lain selain Aku.
4 # Kel 34:17; Im 19:4; 26:1; Ul 4:15-18; 27:15. Jangan buat patung ukiran untuk dirimu atau wujudkan apa-apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau di dalam air di bawah bumi.
5 # Kel 34:6,7; Bil 14:18; Ul 7:9,10. Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, Allah yang cemburu, yang membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya, kepada keturunan ketiga dan keempat dalam kalangan mereka yang membenci Aku. 6Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.
7 # Im 19:12. Jangan gunakan nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, kerana TUHAN akan memandang bersalah orang yang menggunakan nama-Nya dengan sembarangan.
8 # Kel 16:23-30; 31:12-14. Ingatlah hari Sabat dan jagalah kesuciannya. 9#Kel 23:12; 31:15; 34:21; 35:2; Im 23:3.Enam hari lamanya engkau harus bekerja dan melakukan segala pekerjaanmu, 10tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat bagi TUHAN, Allahmu. Pada hari itu jangan melakukan pekerjaan apa-apa pun baik kamu, anak lelakimu, anak perempuanmu, hamba lelakimu, hamba perempuanmu, haiwanmu, mahupun pendatang yang ada di kotamu. 11#Kej 2:1-3; Kel 31:17.Kerana enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, lalu Dia beristirahat pada hari ketujuh. Itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menjadikannya suci.
12 # Ul 27:16; Mat 15:4; 19:19; Mrk 7:10; 10:19; Luk 18:20; Ef 6:2. Ef 6:3. Hormatilah ibu bapamu, supaya lanjut usiamu di bumi yang TUHAN, Allahmu, kurniakan kepadamu.
13 # Kej 9:6; Im 24:17; Mat 5:21; 19:18; Mrk 10:19; Luk 18:20; Rm 13:9; Yak 2:11. Jangan membunuh.
14 # Im 20:10; Mat 5:27; 19:18; Mrk 10:19; Luk 18:20; Rm 13:9; Yak 2:11. Jangan berzina.
15 # Im 19:11; Mat 19:18; Mrk 10:19; Luk 18:20; Rm 13:9. Jangan mencuri.
16 # Kel 23:1; Mat 19:18; Mrk 10:19; Luk 18:20. Jangan memberi kesaksian palsu terhadap sesamamu.
17 # Rm 7:7; 13:9. Jangan mendambakan rumah jiranmu. Jangan ingini isteri jiranmu, hambanya baik yang lelaki mahupun yang perempuan, lembunya, keldainya, atau apa-apa pun yang dimiliki oleh sesamamu.”
Orang Israel takut menghadapi kedatangan Allah
18 # Ibr 12:18,19. Seluruh umat itu menyaksikan guruh dan kilat, bunyi sangkakala, dan gunung yang berasap. Maka gementarlah mereka dalam ketakutan lalu berdiri jauh-jauh. 19Kata mereka kepada Musa, “Engkau sajalah yang berbicara kepada kami, kami akan mendengar kata-katamu, tetapi janganlah Allah yang berbicara kepada kami, nanti kami mati.”
20Kata Musa kepada umat itu, “Jangan takut, kerana Allah telah datang untuk menguji kamu supaya kamu sentiasa takut kepada-Nya lantas kamu tidak berbuat dosa.” 21Umat itu berdiri jauh-jauh, tetapi Musa menghampiri kepekatan yang menyelubungi hadirat Allah.
Peraturan tentang mazbah
22TUHAN berfirman kepada Musa, “Beginilah harus kamu katakan kepada orang Israel, ‘Kamu telah menyaksikan bahawa Aku berfirman kepadamu dari langit. 23Jangan buat sesuatu yang menduakan Aku. Jangan buat untuk dirimu tuhan-tuhan perak ataupun tuhan-tuhan emas, 24tetapi buatlah bagi-Ku suatu mazbah daripada tanah, lalu persembahkanlah di atasnya korban bakaranmu dan korban kedamaianmu, iaitu domba dan lembumu. Di setiap tempat yang Kujadikan nama-Ku diingat, di situlah Aku akan datang kepadamu dan memberkati kamu. 25#Ul 27:5-7; Yos 8:31.Jika kamu hendak membuat suatu mazbah daripada batu bagi-Ku, janganlah membangunkannya daripada batu yang dipahat, kerana jika kamu mengenakan pahatmu padanya maka kamu menajiskannya. 26Jangan naik tangga ke mazbah-Ku, supaya jangan terselak auratmu di atasnya.’ ”

Currently Selected:

Keluaran 20: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in