YouVersion Logo
Search Icon

Efesus 4:1-6

Efesus 4:1-6 AVB

Oleh itu aku, yang terpenjara kerana Tuhan, merayu agar kamu, sebagai orang yang telah dipanggil, hiduplah berpadanan dengan panggilan itu. Kamu haruslah selalu rendah hati dan lemah lembut; sabar, bertolak ansur satu sama lain dalam kasih, dan berusaha memelihara perpaduan dalam Roh dengan ikatan sejahtera. Kamu hendaklah satu tubuh dan satu Roh — sebagaimana kamu telah dipanggil dengan satu harapan panggilan itu — satu Tuhan, satu iman, satu baptisan; satu Allah, iaitu Bapa sekalian, yang di atas sekalian, melalui sekalian, dan dalam kamu sekalian.