YouVersion Logo
Search Icon

Efesus 2:8-13, 19-22

Efesus 2:8-13 AVB

Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman — ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah — bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah. Kerana kita ini buatan-Nya, dicipta dalam Kristus Yesus untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terdahulu oleh Allah untuk kita lakukan. Oleh itu, ingatlah bahawa dari segi tubuhmu kamu ini dahulu orang bangsa asing, disebut “orang tidak bersunat” oleh mereka yang disebut “orang bersunat” (iaitu sunat yang dibuat dengan tangan orang pada tubuh). Pada masa itu kamu tanpa Kristus, terasing daripada perhimpunan orang Israel dan daripada perjanjian Allah, tanpa harapan dan tanpa Tuhan di dunia ini. Tetapi sekarang dalam Kristus Yesus, kamu yang dahulu jauh sudah dibawa dekat oleh darah Kristus.

Efesus 2:19-22 AVB

Oleh itu, sekarang, kamu bukan lagi orang asing dan pendatang, tetapi sesama warga negeri dengan orang yang salih dan ahli-ahli keluarga Allah, yang telah dibina atas asas para rasul dan para nabi, dengan Kristus Yesus sendiri sebagai batu penjuru utama. Dalam Kristus seluruh bangunan itu disatukan lalu menjadi Bait Suci dalam Tuhan, maka dalam-Nya kamu pun dibina bersama menjadi tempat kediaman Allah dalam Roh.

Video for Efesus 2:8-13,19-22