Ulangan 4
4
Nasihat Musa supaya mematuhi hukum Allah
1“Sekarang, wahai Israel, dengarlah segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu untuk kamu lakukan, supaya kamu dapat hidup dan selanjutnya dapat memasuki serta menduduki negeri yang dikurniakan kepadamu oleh TUHAN, Allah nenek moyangmu. 2#Why 22:18,19.Jangan tambah ataupun kurangkan perkataan yang kusampaikan kepadamu. Dengan demikian, kamu berpegang teguh pada perintah-perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu. 3#Bil 25:1-9.Matamu sendiri telah melihat apa yang dilakukan TUHAN di Baal-Peor. Semua orang yang mengikuti Baal-Peor dibinasakan oleh TUHAN, Allahmu, daripada kalangan kamu. 4Akan tetapi, kamu semua yang teguh berpaut pada TUHAN, Allahmu, masih hidup sampai hari ini.
5Ingatlah, seperti yang diperintahkan kepadaku oleh TUHAN, Allahku, aku telah mengajarmu segala kanun dan peraturan untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki kelak. 6Peganglah teguh dan lakukanlah semua itu, kerana semua itu akan menjadi hikmah dan kearifan kamu di hadapan mata bangsa-bangsa lain. Ketika mereka mendengar segala kanun ini, mereka akan berkata, ‘Sesungguhnya, bangsa yang besar ini memang kalangan yang berhikmah dan arif!’
7Bangsa besar manakah yang mempunyai tuhan yang sedemikian dekat kepada mereka seperti TUHAN, Allah kita dekat kepada kita bila-bila sahaja kita berseru kepada-Nya? 8Bangsa besar manakah yang mempunyai segala kanun dan peraturan yang adil seperti seluruh hukum Taurat yang kusampaikan kepadamu pada hari ini? 9Hanya, berhati-hatilah dan jagalah dirimu baik-baik. Jangan sampai kamu lupa akan hal-hal yang telah kamu lihat dengan matamu sendiri, dan jangan sampai semua itu lenyap daripada hatimu seumur hidupmu. Ceritakanlah kepada anak cucumu 10tentang hari ketika kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di Horeb. Pada waktu itu TUHAN berfirman kepadaku, ‘Kumpulkanlah bangsa itu di hadapan-Ku. Aku akan memperdengarkan firman-Ku, supaya mereka dapat belajar bertakwa kepada-Ku seumur hidup mereka di bumi dan dapat mengajarkannya pula kepada anak-anak mereka.’
11 # Kel 19:16-18; Ibr 12:18,19. Kemudian kamu tampil dekat dan berdiri di kaki gunung itu, sementara gunung itu menyala dengan api sampai ke pusat langit di tengah-tengah kegelapan, awan, dan kelam pekat. 12Lalu berfirmanlah TUHAN kepadamu dari tengah-tengah api itu. Bunyi firman itu kamu dengar, tetapi kamu tidak melihat sesuatu bentuk pun. Yang ada hanya suara. 13#Kel 31:18; 34:28; Ul 9:10.Dia menyatakan kepadamu perjanjian-Nya dan memerintahkan kamu untuk melakukannya, iaitu Sepuluh Hukum, yang kemudian dituliskan-Nya pada dua buah loh batu. 14#Kel 21:1.Pada waktu itu, TUHAN memerintahkan aku untuk mengajarkan segala kanun dan peraturan ini kepadamu, supaya kamu melaksanakannya di negeri yang akan kamu masuki serta duduki kelak.
15Kamu tidak melihat suatu wujud pun pada hari TUHAN berfirman kepadamu dari tengah-tengah api di Horeb. Oleh itu, jagalah dirimu baik-baik. 16#Kel 20:4; Im 26:1; Ul 5:8; 27:15.Jangan sampai kamu berlaku kufur lalu membuat untukmu patung berhala ukiran dalam wujud apa pun, baik berupa susuk lelaki mahupun perempuan, 17#Rm 1:23.susuk sesuatu binatang yang ada di darat, susuk seekor unggas bersayap yang terbang di udara, 18susuk sesuatu binatang yang merayap di tanah, atau susuk sesuatu ikan yang ada di laut, di bawah bumi. 19Jangan pula kamu melayangkan pandangan ke langit untuk memperhatikan matahari, bulan, dan bintang — semua benda langit — lalu kamu terdorong untuk sujud menyembah serta beribadat kepada benda-benda itu. Semua itu telah diberikan TUHAN, Allahmu, kepada segala bangsa di seluruh kolong langit sebagai bahagian mereka. 20#Kel 19:5; Ul 7:6; 14:2; 26:18; Tit 2:14; 1Ptr 2:9.Tetapi kamu, TUHAN telah mengambil dan membawa kamu keluar dari dapur peleburan besi, iaitu Mesir, untuk menjadikan kamu umat milik-Nya sendiri seperti yang terjadi pada hari ini. 21#Bil 20:12.Apatah lagi TUHAN murka kepadaku kerana kamu sehingga Dia bersumpah bahawa aku tidak akan menyeberangi Sungai Yordan dan tidak akan masuk ke negeri baik yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka. 22Aku akan mati di negeri ini, dan aku tidak akan menyeberangi Sungai Yordan. Tetapi kamu akan menyeberanginya dan menduduki negeri yang baik itu. 23Berhati-hati, jangan sampai kamu lupa perjanjian TUHAN, Allahmu, yang telah diikat-Nya dengan kamu, dan membuat bagimu patung ukiran dalam apa-apa pun bentuk yang dilarang oleh TUHAN, Allahmu. 24#Ibr 12:29.TUHAN, Allahmu, adalah api yang menghanguskan, Allah yang cemburu.
25Apabila kamu telah beranak cucu dan menjadi tua di negeri itu lalu kamu berlaku kufur serta membuat patung ukiran dalam apa-apa bentuk pun, juga melakukan hal yang jahat di mata TUHAN, Allahmu, sehingga kamu membangkitkan kemurkaan-Nya, 26maka pada hari ini aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi ke atas kamu bahawa pasti kamu segera binasa daripada negeri yang akan kamu miliki setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan. Umurmu tidak akan lanjut di sana, dan kamu pasti punah. 27#Ul 28:36.TUHAN akan mencerai-beraikan kamu hingga kamu terdampar dalam kalangan bangsa, dan jumlahmu akan tinggal sedikit sahaja dalam kalangan bangsa tempat TUHAN menggiring kamu. 28Di sana kamu akan beribadat kepada tuhan buatan tangan manusia, iaitu kayu dan batu yang tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, tidak dapat makan, dan tidak dapat menghidu bau. 29#Yer 29:13.Di sana pula kamu akan mencari hadirat TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap menemui-Nya, asalkan kamu mencari hadirat-Nya dengan sepenuh hatimu dan dengan sepenuh jiwamu. 30Dalam kesengsaraan kamu itu, ketika segala hal itu menimpamu pada kemudian hari, kamu akan kembali kepada TUHAN, Allahmu, dan akan mematuhi-Nya. 31TUHAN, Allahmu, sememangnya Allah Yang Maha Penyayang. Dia tidak akan membuat kamu terlantar atau memusnahkan kamu. Dia tidak akan melupakan perjanjian dengan nenek moyangmu yang dibuat-Nya atas sumpah kepada mereka.
32Cubalah tanyakan dari hujung langit sampai ke hujung langit tentang zaman dahulu, zaman yang telah ada sebelum kamu. Sejak Allah menciptakan manusia di bumi, pernahkah terjadi hal sebesar ini atau pernahkah terdengar hal seperti ini? 33Pernahkah sesuatu bangsa mendengar suara Allah berfirman dari tengah-tengah api, seperti yang telah kamu dengar, dan tetap hidup? 34Atau, pernahkah sesuatu tuhan berupaya untuk mengambil baginya sesuatu bangsa daripada tengah-tengah bangsa lainnya dengan memberikan pelbagai cubaan, tanda ajaib, mukjizat, dan peperangan, serta dengan tangan yang kuat, lengan yang terhulur, dan kehebatan yang besar, seperti semua yang dilakukan bagimu oleh TUHAN, Allahmu, di Mesir, di hadapan matamu? 35#Mrk 12:32.Hal-hal itu diperlihatkan kepadamu supaya kamu tahu bahawa TUHAN sememangnya Allah. Tidak ada yang lain selain Dia. 36Dari langit Dia memperdengarkan suara-Nya kepadamu untuk mengajar kamu, sementara di bumi Dia memperlihatkan api-Nya yang besar, dan firman-Nya kaudengar dari tengah-tengah api itu. 37Kerana Dia mengasihi nenek moyangmu, maka Dia memilih keturunan mereka. Dia menuntun kamu keluar dari Mesir dengan hadirat-Nya, iaitu dengan kuasa-Nya yang besar, 38dan mengusir dari hadapanmu bangsa-bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu, untuk membawa kamu masuk ke negeri mereka serta mengurniakan negeri itu kepadamu sebagai harta pusaka, seperti yang terjadi pada hari ini.
39Oleh sebab itu ketahuilah pada hari ini dan pahatlah dalam hatimu bahawa TUHAN ialah Allah yang ada di syurga, di atas, dan yang ada di bumi, di bawah. Tidak ada yang lain. 40Peganglah dengan teguh segala kanun-Nya dan segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini supaya baik keadaan kamu serta keadaan anak-anakmu kelak, dan supaya panjang umurmu di tanah yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu sepanjang masa.”
Kota-kota perlindungan di seberang Sungai Yordan
41 # Yos 20:8,9. Kemudian Musa mengkhususkan tiga buah kota di seberang Sungai Yordan, di sebelah timur, 42supaya seorang yang membunuh sesamanya tanpa sengaja dan tanpa membenci orang itu sebelumnya dapat melarikan diri ke sana. Jika dia melarikan diri ke salah sebuah kota itu, maka dia dapat tetap hidup. 43Kota-kota itu ialah Bezer, untuk bani Ruben, terletak di gurun di daerah dataran tinggi; Ramot, untuk bani Gad, terletak di Gilead; dan Golan untuk bani Manasye, yang terletak di Basan.
Hukum Musa
44Inilah hukum Taurat yang dipaparkan Musa kepada orang Israel. 45Inilah peringatan, kanun, dan peraturan yang disampaikan Musa kepada orang Israel setelah mereka keluar dari Mesir, 46iaitu ketika mereka berada di seberang Sungai Yordan, di lembah yang berseberangan dengan Bet-Peor. Dulu tempat itu wilayah Sihon, raja bani Amori yang tinggal di Hesbon. Kemudian Sihon dikalahkan oleh Musa dan orang Israel setelah mereka keluar dari Mesir. 47Mereka menduduki negerinya dan juga negeri Og, negeri raja Basan. Kedua-duanya ialah raja bani Amori yang wilayahnya terletak di seberang Sungai Yordan, di sebelah timur, 48mulai Aroer di tepi Sungai Arnon sampai Gunung Sion (iaitu Hermon), 49dan seluruh Araba di seberang Sungai Yordan sebelah timur, sampai ke Laut Araba di kaki lereng Gunung Pisga.
Currently Selected:
Ulangan 4: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited