YouVersion Logo
Search Icon

Ulangan 33:1-5, 12

Ulangan 33:1-5 AVB

Inilah ucapan berkat yang disampaikan Musa, hamba Allah itu, kepada orang Israel sebelum kematiannya. Katanya, “TUHAN datang dari Sinai dan menunjukkan diri-Nya kepada orang Israel dari Seir. Hadirat-Nya tampak bersinar dari Gunung Paran; datang-Nya dari antara puluhan ribu orang suci. Di sebelah kanan-Nya ada api yang menyala bagi mereka. Benarlah, Dia mengasihi umat-Nya, semua orang suci-Nya — sememangnya mereka di dalam tangan-Mu. Mereka duduk di kaki-Mu dan menerima panduan daripada firman-Mu. Musa telah mengamanatkan kepada kita hukum Taurat sebagai hak milik bagi jemaah Yakub. TUHAN ialah raja atas Yesyurun, ketika para ketua umat berkumpul, iaitu suku-suku Israel bersama-sama.

Ulangan 33:12 AVB

Mengenai Benyamin dia berkata, “Biarlah kekasih TUHAN itu berdiam di sisi-Nya dengan aman. Allah melindunginya sepanjang waktu dan bersemayam di antara kedua-dua bahunya.”

Free Reading Plans and Devotionals related to Ulangan 33:1-5, 12