YouVersion Logo
Search Icon

Kisah Para Rasul 22

22
Paulus membela diri di Yerusalem
1“Bapa-bapa dan saudara-saudara sekalian. Dengarlah peneranganku.” 2Setelah mereka mendengar Paulus bertutur dalam bahasa Ibrani, mereka terus senyap.
Paulus berkata, 3#Kis 5:34-39.“Aku ini orang Yahudi, dilahirkan di Tarsus di Tanah Kilikia, tetapi dibesarkan di kota ini, berguru kepada Gamaliel. Aku diajar hukum nenek moyang kita dengan betul, dan aku pula tekun beribadat kepada Allah, sama seperti saudara-saudara sekalian pada hari ini. 4#Kis 8:3; 26:9-11.Aku pernah menganiaya pengikut Jalan Tuhan malah membunuh mereka di samping mengikat dan memenjarakan mereka, baik lelaki mahupun perempuan. 5Imam besar dan seluruh anggota Majlis Agama boleh bersaksi akan perbuatanku itu. Aku telah mendapatkan beberapa surat daripada mereka lalu pergi ke Damsyik untuk menangkap dan mengikat para murid Yesus di sana dan membawa mereka ke Yerusalem ini untuk diseksa.”
6“Dalam perjalanan, ketika hampir sampai di Damsyik, sekitar tengah hari, tiba-tiba suatu cahaya yang besar dari langit bersinar mengelilingiku. 7Aku rebah ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadaku, ‘Saul, Saul, mengapa engkau menganiaya Aku?’ 8Aku berkata, ‘Siapakah Engkau, Tuan?’ Jawab-Nya, ‘Akulah Yesus orang Nazaret yang kauaniayakan.’ 9Semua orang yang bersamaku turut melihat cahaya itu tetapi tidak mendengar suara yang berkata-kata denganku itu. 10Aku berkata, ‘Tuan, apakah yang harus kulakukan?’ Dia menjawab, ‘Bangunlah, pergi ke Damsyik. Di sana engkau akan diberitahu segala yang sudah ditetapkan untuk kaulakukan.’ 11Aku tidak dapat melihat langsung akibat cahaya yang terang itu. Teman seperjalananku memimpin tanganku masuk ke Damsyik.
12Ada seorang bernama Ananias yang kuat beribadat menurut hukum Taurat. Dia dipandang tinggi oleh orang Yahudi di Damsyik. 13Dia datang berdiri di sisiku lalu berkata, ‘Saudaraku Saul, kamu dapat melihat semula!’ Pada saat itu juga aku dapat melihat semula lalu memandangnya. 14Dia berkata, ‘Allah nenek moyang kita, telah menetapkan bahawa kamu akan mengetahui kehendak-Nya, dan melihat Yesus#22:14 Atau, “melihat Yang Benar. Yang Benar merujuk kepada Yesus.” Yang Benar serta mendengar suara-Nya. 15Kamu akan menjadi saksi tentang-Nya kepada semua manusia, termasuk segala yang telah kamu lihat dan dengar itu. 16Sekarang mengapa kamu berlengah-lengah lagi? Bangunlah untuk dibaptiskan dan minta dihapuskan segala dosamu sambil menyeru nama-Nya.’ ”
17“Setelah aku pulang ke Yerusalem, sedang aku berdoa di Bait Suci, aku terlalai 18lalu melihat Dia dan mendengar kata-kata-Nya kepadaku, ‘Segeralah keluar dari Yerusalem, kerana mereka tidak akan menerima kesaksian daripadamu tentang-Ku.’ 19Aku berkata, ‘Ya Tuhan, mereka tahu bahawa aku pernah memenjarakan dan memukul orang yang mempercayai-Mu dalam semua saumaah;#22:19 Saumaah: Tempat ibadat bani Israel. Juga dikenali sebagai rumah ibadat. 20#Kis 7:58.dan apabila darah Stefanus saksi-Mu itu ditumpahkan, aku turut berdiri berdekatan dan menyetujui pembunuhan itu, serta menjaga pakaian orang yang membunuhnya.’ 21Kata-Nya kepadaku, ‘Keluarlah dari sini, kerana Aku hendak mengutusmu jauh-jauh kepada orang bangsa asing.’ ”
Paulus warga negeri Roma
22Orang ramai mendengar ucapan Paulus setakat itu, kemudian berseru lantang, “Hapuskan orang begini dari muka bumi, tidak patut dia dibiarkan hidup!” 23Mereka berteriak-teriak sambil mengebas-ngebas pakaian sehingga debu berterbangan. 24Ketua pasukan tentera itu menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu. Dia mengarahkan mereka menyebat dan menyoalnya untuk mengetahui mengapa orang ramai berseru-seru demikian tentangnya. 25Paulus diikat dengan tali kulit lalu dia berkata kepada ketua tentera yang berdiri di situ, “Jika seorang warga negeri Roma belum diadili dan didapati bersalah, berkuasakah kamu menyebatnya?”
26Apabila ketua tentera itu mendengar kata-kata Paulus, dia pergi memberitahu ketuanya tentang perkara itu. Katanya, “Apa hendak kamu buat? Orang ini warga negeri Roma.”
27Ketua pasukan tentera itu mendapatkan Paulus lalu berkata, “Katakanlah kepadaku, adakah engkau ini warga negeri Roma?”
Paulus menjawab, “Ya.” 28Ketua pasukan tentera itu berkata, “Aku dapat menjadi warga negeri dengan bayaran yang tinggi.”
Paulus menjawab, “Tetapi aku dilahirkan sebagai warga negeri Roma.” 29Semua orang yang hendak menyoalnya itu berundur, dan ketua pasukan tentera itu ketakutan kerana telah mengikat warga Romawi.
Paulus di hadapan Majlis Agama
30Esoknya, untuk mengetahui dengan pasti apa sebabnya Paulus dituduh oleh orang Yahudi, ketua tentera itu meminta imam besar dan semua ahli Majlis Agama berhimpun. Kemudian dia melepaskan Paulus daripada ikatan dan menghadapkannya kepada perhimpunan itu.

Currently Selected:

Kisah Para Rasul 22: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in