Kisah Para Rasul 2
2
Kedatangan Roh Kudus
1 # Im 23:15-21; Ul 16:9-11. Apabila tiba Hari Pentakosta, mereka semuanya bersama-sama di suatu tempat. 2Tiba-tiba kedengaran bunyi dari langit seperti angin kencang menderu, memenuhi seluruh rumah tempat mereka sedang duduk. 3Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka. 4Mereka semuanya dipenuhi Roh Kudus lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberikan oleh Roh itu.
5Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di bawah langit tinggal di Yerusalem. 6Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya. 7Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, “Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea? 8Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri? 9Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil. 10Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Roma#2:10 Dlm Bhs Malaysia, Roma lazim disebut Rom., 11baik berbangsa Yahudi mahupun penganut agama Yahudi, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan.” 12Oleh itu, mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, “Apakah ertinya semua ini?”
13Ada pula yang mengejek, “Semua orang ini mabuk air anggur manis.”
Khutbah Petrus
14Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata dengan suara yang lantang, “Saudara-saudara orang Yahudi dan semua penduduk di Yerusalem, ketahuilah hal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku. 15Mereka ini bukanlah mabuk seperti saudara-saudara sangka, kerana hari baru jam ketiga.#2:15 Pukul sembilan pagi. 16Tetapi inilah yang dikatakan oleh Nabi Yo'el:
17 # Yl 2:28-32. ‘Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah,
Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia.
Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat,
Orang mudamu akan melihat penglihatan,
Orang tuamu akan bermimpi.
18Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan,
Aku akan mencurahkan Roh-Ku ketika itu,
lalu mereka bernubuat.
19Aku akan menunjukkan keajaiban di langit dan tanda di bumi,
darah dan api serta kepulan-kepulan asap.
20Matahari akan menjadi gelap,
dan bulan menjadi seperti darah,
sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan mulia.
21Dan terlaksanalah kelak,
bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.’
22Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus orang Nazaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan tanda yang dilakukan Allah melalui-Nya dalam kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu. 23#Mat 27:35; Mrk 15:24; Luk 23:33; Yoh 19:18.Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana. 24#Mat 28:5,6; Mrk 16:6; Luk 24:5.Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya. 25#Mzm 16:8-11.Kerana Daud telah berkata tentang-Nya:
‘Bahawa aku telah melihat Tuhan sentiasa di hadapanku.
Dia ada di sisi kananku,
aku tidak akan goyah.
26Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira;
jasadku juga akan bersandar pada harapan.
27Kerana Engkau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut,
dan Engkau tidak akan membiarkan Orang Suci-Mu reput.
28Engkau telah menunjukkan jalan hidup,
dan Engkau akan memenuhiku
dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.’
29Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia sudah meninggal dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini. 30#Mzm 132:11; 2Sam 7:12,13.Oleh sebab dia seorang nabi dan menyedari bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mendudukkan seorang daripada benih keturunan jasadnya di atas takhtanya. 31Dia telah melihat terdahulu hal ini, maka dia bercakap tentang kebangkitan Kristus, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nya tidak akan reput.
32Allah telah membangkitkan Yesus ini dan kami semua menyaksikannya. 33Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa Dia telah menerima Roh Kudus yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang. 34#Mzm 110:1.Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian,
‘Tuhan berfirman kepada Tuanku:
Duduklah di sebelah kanan-Ku,
35sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’
36Oleh itu, hendaklah seluruh keturunan kaum Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Yesus, yang kamu salib itu, Tuhan dan Kristus.”
37Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?”
38Petrus pun berkata kepada mereka, “Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu dibaptiskan atas nama Yesus Kristus supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Kudus; 39kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Tuhan Allah kita.”
40Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, “Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.” 41Kemudian semua orang yang menerima kata-katanya dengan rela hati dibaptiskan; pada hari itu bilangan mereka bertambah kira-kira tiga ribu orang.
Jemaah yang pertama
42Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa.
43Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta tanda dilakukan melalui para rasul itu. 44#Kis 4:32-35.Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, 45serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut keperluan seseorang. 46Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, 47sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan.
Currently Selected:
Kisah Para Rasul 2: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited