YouVersion Logo
Search Icon

3 Yohanes 1:1-8

3 Yohanes 1:1-8 AVB

Daripadaku, seorang tua-tua, Kepada Gayus, sahabat yang dikasihi, yang kukasihi dalam kebenaran. Aku berdoa semoga kamu berada dalam keadaan sejahtera serta sihat jasmanimu sebagaimana rohanimu berbahagia. Aku sungguh bersukacita apabila beberapa orang saudara seiman datang berkunjung dan memberikan kesaksian tentang kesetiaanmu kepada kebenaran, kerana memang kamu hidup dalam kebenaran. Tiada yang lebih membahagiakanku daripada berita bahawa anak-anakku hidup mengikut kebenaran. Sahabat yang kukasihi, kamu sungguh setia dalam usahamu untuk saudara-saudara seiman, termasuklah yang belum kamu kenali. Mereka telah memberitahu jemaah di sini tentang kasihmu terhadap mereka. Baik juga perbuatanmu jika engkau dapat membantu mereka dalam perjalanan mereka dengan cara yang berkenan kepada Allah. Mereka berangkat demi nama Tuhan tanpa menerima sebarang bantuan daripada orang yang belum mengenal Allah. Oleh itu, kita mestilah membantu orang seperti ini. Dengan demikian kita menjadi rakan sekerja dalam usaha menyebarkan kebenaran.

Video for 3 Yohanes 1:1-8