2 Yohanes 1
1
1Daripadaku, seorang tua-tua,
Kepada puan yang terpilih dan kepada anak-anaknya, yang kukasihi dalam kebenaran. Bukan aku sahaja yang mengasihimu malah sekalian yang mengenal kebenaran — 2kerana kebenaran ada dalam diri kita dan akan kekal dalam diri kita selama-lamanya:
3Semoga kasih kurnia, belas kasihan dan damai sejahtera daripada Allah Bapa dan Yesus Kristus, Anak daripada Bapa, menyertai kita dalam kebenaran dan kasih.
4Aku sungguh sukacita mengetahui bahawa sebilangan anak puan hidup mengikut kebenaran, sebagaimana yang diperintahkan kepada kita oleh Bapa. 5#Yoh 13:34; 15:12,17.Sekarang, puan yang dikasihi, aku memohon agar kita kasih-mengasihi. Aku bukannya mengemukakan perintah baru. Perintah ini telah disampaikan dari mula-mulanya lagi. 6Inilah kasih, iaitu mengasihi bermakna hidup mengikut perintah Allah. Inilah perintah yang kamu dengar dari mulanya: Kamu haruslah kasih-mengasihi.
7Ramai penipu telah menjelajah ke seluruh dunia. Mereka itu tidak mengakui bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia. Orang sedemikian ialah penipu dan dajal, penentang Kristus. 8Oleh yang demikian, berhati-hatilah supaya apa yang telah kami usahakan tidak lenyap begitu sahaja, melainkan kamu mendapat ganjaranmu sepenuhnya.
9Sesiapa yang tidak mengikut ajaran Kristus dan melanggarnya, maka Allah tidak ada dalam dirinya. Sesiapa yang mengikut ajaran itu maka Bapa dan Anak ada dalam dirinya. 10Oleh itu, jika sesiapa datang menyebarkan ajaran selain ajaran Kristus, janganlah alu-alukan dia ke dalam rumahmu. Janganlah berikan salam kepadanya. 11Sesungguhnya, jika sesiapa memberi salam kepada orang sedemikian, berertilah dia bersubahat dengannya melakukan perbuatan yang durjana.
12Ada banyak lagi yang ingin kusebutkan, namun lebih eloklah tidak melalui dakwat dan kertas. Aku berharap akan bertemu dan berbincang denganmu agar kita benar-benar gembira.
13Anak-anak kepada saudara perempuan puan yang telah dipilih oleh Allah juga berkirim salam kepada puan.
Currently Selected:
2 Yohanes 1: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited