YouVersion Logo
Search Icon

2 Korintus 6

6
1Sebagai rakan-rakan sekerja, kami meminta kepadamu, janganlah sia-siakan kasih kurnia Allah yang telah kamu terima, 2#Yes 49:8.kerana demikianlah firman-Nya,
“Aku telah mendengar kata-katamu ketika Aku berkenan
dan pada hari penyelamatan, Aku telah menolongmu.”
Sekaranglah waktunya Allah berkenan dan sekaranglah hari penyelamatan itu.
Penderitaan Paulus
3Dalam hal apa jua, kami tidak menyebabkan orang tersandung, supaya pengabdian kami tidak dicela. 4Sebaliknya, dalam semua hal, kami telah membuktikan bahawa kami bersikap secara yang wajar bagi hamba-hamba Allah. Kami cukup tabah menghadapi kesusahan, kesulitan dan kesempitan, 5#Kis 16:23.sebatan, pemenjaraan, huru-hara, penat lelah, bercekang mata, dan keadaan lapar. 6Kami hidup dalam kesucian, pengetahuan, kesabaran, baik budi, dalam Roh Kudus, dan dalam kasih sejati. 7Kami menyampaikan kebenaran, dan hidup dalam kuasa Allah. Kami bersenjatakan perbenaran,#6:7 Perkataan ‘perbenaran’ berbeza ertinya daripada ‘kebenaran.’ Rangkai kata, ‘bersenjatakan perbenaran’ membawa maksud berpegang kepada perbenaran Allah sebagai senjata. Oleh sebab perbenaran Allah, manusia menjadi baik semula dengan-Nya. di tangan kanan dan kiri. 8Kami dimuliakan dan dihina, dikeji dan dipuji. Kami dipanggil penipu sedangkan kami benar. 9Kami dianggap tidak dikenali, padahal terkenal. Kami disangka sudah hampir mati, tetapi ternyata masih hidup. Kami dibelasah, namun tidak dibunuh. 10Kami disedihkan, tetapi sentiasa gembira. Kami miskin, namun ramai yang kami perkaya. Kami tidak memiliki apa-apa, tetapi kami mempunyai segala-galanya.
11Wahai orang Korintus! Kami telah bercakap terus terang kepadamu, hati kami terbuka luas. 12Kamu terbatas bukanlah oleh kami tetapi oleh perasaanmu sendiri.
Jangan berpasangan dengan orang yang tidak beriman
13Oleh itu, aku berkata seperti kepada anak-anak, bukalah hatimu supaya antara kita saling berterus terang.
14Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap? 15Adakah muafakat antara Kristus dengan Belial? Adakah kesamaan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman? 16#1Kor 3:16; 6:19. Im 26:12; Yeh 37:27.Apakah hubungannya antara bait Allah dengan berhala-berhala? Kita ialah bait Allah yang hidup, seperti dalam firman-Nya,
“Aku akan tinggal dalam mereka dan berjalan di antara mereka.
Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”
17 # Yes 52:11. Oleh itu,
“Keluarlah daripada kalangan mereka,
dan asingkanlah dirimu daripada mereka,” demikianlah firman Tuhan.
“Jangan sentuh yang najis,
maka Aku akan menerimamu”
18 # 2Sam 7:14; 1Taw 17:13; Yes 43:6; Yer 31:9. “Aku akan menjadi Bapamu,
dan kamu, anak-anak-Ku lelaki perempuan, demikianlah
firman Tuhan Yang Maha Kuasa.”

Currently Selected:

2 Korintus 6: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in