2 Tawarikh 27
27
Raja Yotam
1Yotam berumur dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama enam belas tahun. Nama ibunya ialah Yerusa anak Zadok. 2Dia melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti semua yang dilakukan Uzia, ayahnya, hanya dia tidak masuk ke dalam Bait Suci TUHAN. Namun demikian, rakyat masih terus melakukan kemungkaran.
3Dia membina Pintu Gerbang Atas di Bait TUHAN dan mengerjakan banyak pembinaan pada tembok Ofel. 4Dia turut membina kota-kota di pergunungan Yehuda, serta beberapa buah kubu dan menara di kawasan hutan. 5Dia berperang melawan raja bani Amon dan mengalahkan mereka. Pada tahun itu juga bani Amon mempersembahkan kepadanya seratus talenta perak, sepuluh ribu kor gandum, dan sepuluh ribu kor barli, demikian pula pada tahun kedua dan tahun ketiga. 6Yotam menjadi kuat kerana dia mengarahkan hidupnya kepada TUHAN, Allahnya. 7Riwayat Yotam yang selebihnya, semua peperangannya dan perilakunya, sesungguhnya semua itu tertulis dalam kitab raja-raja Israel dan Yehuda. 8Umurnya dua puluh lima tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama enam belas tahun. 9Lalu Yotam dibaringkan bersama nenek moyangnya dan dia dimakamkan di Kota Daud. Maka Ahas, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.
Currently Selected:
2 Tawarikh 27: AVB
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited