YouVersion Logo
Search Icon

Injil Mathius 27

27
FATSAL XXVII.
1MAKA apabila datanglah pagi hari, lalu bĹ­rbicharalah imam bĹ­sar, dan orang orang tua tua deripada kaum itu deri hal Isa, supaya dibunohnya akan dia.
2Maka sĹ­tlah sudah diikatnya, maka dibawanyalah sĹ­rta disĹ­rahkannya dia kapada Raja Pontius Pilatus.
3¶ Apabila dilihat ulih Yudas yang mŭnyŭrahkan dia, bahwa sudah tŭntu hukum Isa itu, maka mŭnyŭsallah iya akan dirinya, lalu dikŭmbalikannyalah tiga puloh kŭping perak itu kapada imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu.
4Katanya, Aku sudah bĹ­rdosa, sĹ­bab tĹ­lah mĹ­nyĹ­rahkan darah orang yang suchi deripada salah itu. Maka dijawab ulih marika itu, Apa kami pĹ­duli, itu pulanglah kapadamu.
5Sŭtlah sudah dichampakkan ulih Yudas kŭping perak itu dalam ka’abah, maka kluarlah iya pŭrgi mŭnggantong dirinya.
6Maka diambillah ulih imam imam bĹ­sar kĹ­ping kĹ­ping perak itu, sĹ­rta bĹ­rkata, Tiadalah patut dimasokkan wang ini kadalam pĹ­rbandaharan, kĹ­rna iya ini harga darah adanya.
7Maka sĹ­tlah sudah marika itu mufakat, maka diblikannyalah dĹ­ngan wang itu suatu tanah tukang priok blanga, iya itu dijadikannya tĹ­mpat pĹ­kuboran sagala orang orang dagang.
8Maka sĹ­bab itulah dinamai orang akan tanah itu, tanah darah sampie hari ini.
9Maka tĹ­tkala itu tĹ­lah gĹ­naplah barang yang dikatakan ulih nabi Jeremia, katanya, Marika itu tĹ­lah mĹ­ngambil tiga puloh kĹ­ping perak itu, iya itu harga orang yang tĹ­lah diniliekan ulih bĹ­ni Israil.
10Maka wang itu dibuatnya pĹ­mbayar harga tanah tukang priok blanga itu, spĹ­rti yang disurohkan Tuhan padaku.
11¶ Maka Isa pun bŭrdirilah mŭngadap Raja; bŭrtanyalah Raja itu padanya, Angkaukah Raja orang Yahudi? Maka jawab Isa, Spŭrti angkau kata.
12Maka apabila iya sudah ditudoh ulih imam imam yang bĹ­sar, dan orang tua tua itu, maka suatu pun tiada disahutnya.
13TĹ­tkala itu bĹ­rkatalah Pilatus padanya, Tiadakah angkau mĹ­nĹ­ngar bĹ­brapa pĹ­rkara marika itu bĹ­rsaksi mĹ­lawan dikau?
14Tŭtapi sa’patah pun tiada disahutnya akan dia, sampie hieranlah Raja itu sangat.
15¶ Adapun pada hari raya itu Raja handak mŭlŭpaskan sa’orang rayat yang tŭrbŭlunggu bagie kaum itu, yang mana dikahandaki ulih marika itu.
16Maka tŭtkala itu adalah sa’orang tŭrbŭlunggu yang tŭrmashor jahatnya, namanya Bŭraba.
17Shahadan sĹ­tlah bĹ­rhimpunlah marika itu skalian, maka bĹ­rkatalah Pilatus pada marika itu, Siapakah yang kamu kahandaki kulĹ­paskan, BĹ­rabakah, atau Isa yang tĹ­rsĹ­but Almasihkah?
18KĹ­rna Raja tĹ­lah mĹ­ngtahui, bahwa marika itu mĹ­nyĹ­rahkan Isa itu dĹ­ngan dĹ­ngkinya.
19¶ Tŭtkala Raja dudok diatas tŭmpat bicharanya itu, maka disuroh ulih istrinya akan orang datang kapadanya, mŭngatakan, Janganlah angkau buat barang sasuatu akan orang yang bŭnar itu, kŭrna pada hari ini aku tŭlah bŭrmimpi dŭngan mŭrasai bŭbrapa susah deri sŭbabnya.
20Adapun imam imam yang bĹ­sar itu, sĹ­rta orang tua tua pun mĹ­mbujok akan sagala kaum, supaya iya skalian minta lĹ­paskan BĹ­raba, dan biarlah Isa dibinasakan.
21Maka kata Raja kapada marika itu, Dalam antara kadua orang ini, siapakah yang kamu kahandaki aku lĹ­paskan? Maka bĹ­rkatalah marika itu, BĹ­raba.
22Kata Pilatus pada marika itu, Kalau dĹ­mkian, apakah kĹ­lak kupĹ­rbuat akan Isa yang tĹ­rsĹ­but Almasih itu? Maka bĹ­rkatalah skalian marika itu, Biarlah iya disalebkan.
23Maka jawab Raja, Apakah salah yang dipĹ­rbuatnya? Maka makinlah bĹ­rtriak marika itu, katanya, Biarlah iya disalebkan.
24Maka apabila dilihat ulih Pilatus, bahwa tiadalah bĹ­rguna lagi pĹ­rkataannya, mĹ­lainkan makinlah lebih jadi gĹ­mpar, maka diambilnyalah ayer, lalu dibasohnya kadua bĹ­lah tangannya dihadapan kaum itu, katanya, Aku tĹ­lah suchilah deri pada dosa mĹ­numpahkan darah orang yang bĹ­nar ini, tanggonglah ulihmu.
25Maka mŭnyahutlah skalian orang itu, sŭrta bŭrkata, Biarlah darahnya itu tŭrtanggong ka’atas kami, dan atas anak anak chuchu kami.
26Maka tĹ­tkala itu dilĹ­paskannya BĹ­raba, tĹ­tapi Isa dipalunya dĹ­ngan jari ampi, sĹ­rta disĹ­rahkannya supaya disalebkan.
27TĹ­tkala itu maka diambillah ulih sagala lashkar Raja akan Isa, maka dibawanyalah bĹ­rsama sama kabalierong, maka bĹ­rkamponglah sagala pasukan lashkar itu kapadanya.
28Lalu ditanggalkannya pakieannya, maka dipakiekannya suatu baju yang ungu warnanya.
29Maka dianyamkannya pula suatu mahakota deripada duri, dipakiekannya ka’atas kapalanya, sŭrta dibrinya sa’batang buloh katangan kanannya, maka bŭrtŭlotlah marika itu dihadapannya, diolok olokkannya akan dia, katanya, Slamatlah hie Raja orang Yahudi.
30Maka diludahinya akan dia, sĹ­rta diambilnya tongkat itu dipukolkannya kakĹ­palanya.
31Maka apabila sudahlah marika itu mĹ­ngolok olokkan dia, maka ditanggalkannya baju itu, lalu dipakiekannya pakieannya sĹ­ndiri, sambil dibawanyalah kluar handak disalebkannya akan dia.
32Maka apabila marika itu kluar, lalu didapatinya sa’orang orang Siereni yang bŭrnama Simon, maka iya pun dipaksainya mŭmikol kayu saleb itu.
33Maka sĹ­tlah sampie marika itu kapada tĹ­mpat yang bĹ­rnama Golgotha, iya itu artinya tĹ­mpat tĹ­ngkorak.
34Maka dibrinyalah akan Isa minom chuka bĹ­rchampor dĹ­ngan hĹ­mpĹ­du, maka apabila dichobainya, maka tiada iya mahu minom itu.
35Maka disalebkannya akan dia, lalu dibahgi ulih marika itu pakieannya dĹ­ngan mĹ­mbuang undi, supaya gĹ­naplah barang yang dikatakan ulih Nabi, Bahwa marika itu tĹ­lah mĹ­mbahgi pakieanku diantara marika itu, maka diatas bajuku marika itu mĹ­mbuang undi.
36Maka dudoklah marika itu mĹ­nunggui akan dia disana.
37Lalu dibubohkannya pula ka’atas kapalanya surat tudohan dŭmkian bunyinya, IYA INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI.
38Maka ada pula bŭrsama sama dŭngan dia dua orang pŭnyamun disalebkan, sa’orang sŭblah kanannya, sa’orang sŭblah kirinya.
39Maka sagala orang yang lalu lalang pun mĹ­nchĹ­la akan dia sambil mĹ­ngonchang kapala.
40Sŭrta bŭrkata, Hie angkau yang mŭmŭchahkan ka’abah, dan dapat mŭmbangunkan dia dalam tiga hari, lŭpaskanlah dirimu. Jikalau sungguh angkau anak Allah, turonlah deri atas saleb itu.
41Maka dĹ­mkian lagi imam imam yang bĹ­sar, dan khatib khatib, dan orang tua tua pun, dan orang Farisia mĹ­ngolok olokkan dia, sĹ­rta bĹ­rkata,
42Iya tĹ­lah mĹ­lĹ­paskan orang lain, tĹ­tapi dirinya tiada dapat dilĹ­paskannya. Maka jikalau kiranya iya Raja orang Israil, biarlah iya turon deri atas saleb itu, bahrulah kita pĹ­rchaya akan dia.
43Iya tĹ­lah harap pada Allah, maka biarlah dilĹ­paskan Allah akan dia skarang jikalau direlainya akan dia, kĹ­rna iya tĹ­lah bĹ­rkata, Bahwa akulah anak Allah.
44Maka pĹ­nyamun pĹ­nyamun yang disalebkan sĹ­rtanya itupun dĹ­mkian juga mĹ­nista akan dia.
45¶ Maka adalah kira kira deripada pukol dua blas tŭngah hari, maka datanglah gŭlap ka’atas sagala bŭnua itu sampielah kira kira pukol tiga pŭtang.
46Maka adalah sĹ­kira kira jam pukol tiga, lalu bĹ­rsrulah Isa dĹ­ngan suara yang nyaring, katanya, Elie, Elie, lama sabahthani, iya itu artinya, Allahku, Allahku, mĹ­ngapa angkau tĹ­lah mĹ­ninggalkan aku?
47Adapun sĹ­paroh orang yang ada disitu, apabila didĹ­ngarnya itu, lalu bĹ­rkatalah iya, Bahwa iya ini mĹ­manggil Ilias.
48Maka skutika itu juga larilah sa’orang deripada marika itu, sŭrta mŭngambil satu lumot karang yang diisinya dŭngan chuka, lalu dibubohnya ka’atas sa’batang buloh, maka dibrikannya minom akan dia.
49Maka bĹ­rkata orang lain, Nanti juga supaya kita lihat kalau kalau Ilias datang mĹ­lĹ­paskan dia.
50Maka bĹ­rtriaklah pula Isa dĹ­ngan suara yang nyaring, lalu putuslah nyawanya.
51Maka hieran, sŭtlah itu tirie ka’abah itu pun bŭlahlah dua deri atas sampie kŭbawah, maka bumi pun gŭmpalah, dan batu batu pun habislah bŭlah bŭlah.
52Dan kubor kubor pun tĹ­rbukalah, maka bĹ­brapa mayat orang orang saleh yang tĹ­lah mati pun hidoplah.
53Maka kluarlah skalian marika itu deri dalam kubornya, iya itu kumdian deripada Isa hidop pula, lalu masoklah marika itu kadalam Bethalmukadis, iya itu klihatan kapada orang banyak.
54Maka apabila PĹ­nghulu sratus orang, dan orang orang yang sĹ­rtanya mĹ­nunggu Isa pun mĹ­lihat gĹ­mpah bumi, dan sagala pĹ­rkara yang tĹ­lah jadi itu, maka kĹ­takotanlah iya sangat, katanya, Bahwa sĹ­bĹ­narnyalah iya ini Anak Allah.
55Maka adapun pĹ­rampuan banyak disana yang mĹ­lihat deri jauh, yang tĹ­lah mĹ­ngikot Isa deri Galilia, bĹ­rkhodmat padanya.
56Maka diantara marika itu adalah MĹ­riam Magdalini, dan MĹ­riam ibu Yakob dan Yuses, dan bonda anak laki laki Zabdi.
57¶ Bŭrmula sŭtlah pŭtang hari, maka datanglah sa’orang kaya deri nŭgri Aremathia, yang bŭrnama Yosof, adapun iya itu sa’orang murid Isa juga.
58Maka pĹ­rgilah iya kapada Pilatus mĹ­minta mayat Isa. Maka disuroh Pilatus brikan mayat itu padanya.
59SĹ­tlah sudah diambil ulih Yosof akan mayat itu, maka dikafankannya dĹ­ngan kain puteh halus yang pĹ­rsih.
60Maka ditanamkannya kadalam kubornya sŭndiri, iya itu yang bahru dipahatkannya dalam batu, maka digulingkannya pula sa’buah batu yang bŭsar kapintu kubor itu, lalu pulanglah iya.
61Maka adalah MĹ­riam Magdalini, dan MĹ­riam yang lain itu, dudok pada fiak hadapan kubor itu.
62¶ Maka pada kaesokkan harinya turutan hari bŭrsŭdia akan hari bŭsar, maka imam imam yang bŭsar, dan orang Farisia pun bŭrkumpollah mŭngadap Pilatus.
63Katanya, Ya Tuan, bahwa kami skalian tĹ­ringat, adapun orang pĹ­nipu itu tĹ­lah bĹ­rkata tĹ­tkala iya lagi hidop, Maka kumdian deripada tiga hari aku akan hidop pula.
64SĹ­bab itu handaklah angkau surohkan mĹ­njaga kubornya sampie hari yang katiga, kalau kalau murid muridnya datang mĹ­nchuri akan dia pada malam, lalu bĹ­rkata pada kaum itu, iya sudah hidop deripada matinya; maka salah yang tĹ­rkumdian itu tĹ­rlebih pula jahatnya deripada yang pĹ­rtama.
65Maka bĹ­rkatalah Pilatus pada marika itu, Orang yang bĹ­rkawal itu ada kapadamu juga, pĹ­rgilah kamu kawali dia dĹ­ngan sĹ­bulih bulihnya.
66Hata maka marika itu pun pĹ­rgilah mĹ­nĹ­gohkan kubor itu, maka dimutriekan batu tutop kubor itu, sĹ­rta disurohkannya lashkar bĹ­rkawal.

Currently Selected:

Injil Mathius 27: KEAS

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in