Injil Lukas 5
5
FATSAL V.
1MAKA pada skali pŭrstua tŭtkala kaum itu mŭnyŭsakkan Isa akan mŭnŭngar pŭrkataan Allah, maka bŭrdirilah iya dŭkat tasik Jenesret,
2Maka dilihatnya dua buah pŭrahu ada dalam tasik, tŭtapi nilayannya sudah kluar deri padanya adalah iya mŭmbasoh pukatnya.
3Hata maka masoklah Isa kŭdalam sa’buah pŭrahu itu, iya itu pŭrahu Simon; maka dipintanya kapadanya supaya iya bulih mŭnolakkan pŭrahu itu sŭdikit jauh deripada darat, maka dudoklah iya, lalu diajarnya akan kaum itu deri pŭrahu itu.
4Adapun sŭtlah sudah iya bŭrkata kata, maka katanya kapada Simon, Sorongkanlah pŭrahu ini kapada tŭmpat dalam, buanglah pukatmu tangkap ikan.
5Maka jawab Simon sŭrta bŭrkata kapadanya, Tuhan, sudahlah kami lŭlah sŭmalam malaman ini suatu pun tiada dapat, kahandatilah, sŭbab pŭrkataan Tuhan, bulihlah hamba buang pukat ini.
6Maka apabila sudah dibuang, dilengkongnya tŭrlalu sangat banyak ikan, maka pŭchahlah pukat marika itu.
7Maka dilambie ulih marika itu akan kawan kawannya yang ada dalam pŭrahu lain, supaya marika itu datang mŭnulong dia, maka datanglah marika itu, diisilah dua buah pŭrahu itu pŭnoh ikan, sampielah hampir karam.
8Apabila dilihat Simon Petros itu, maka jatohlah iya dilutot Isa, katanya, Undorlah deripadaku, kŭrna aku ini sa’orang yang bŭrdosa, ya Tuhan.
9Kŭrna Simon dan sagala orang yang ada bŭrsama sama dungan dia tŭrchŭnganglah, sŭbab mŭlihat banyak ikan akan ditangkapnya itu.
10Maka dŭmkianlah juga Yakob dan Yahya, anak Zabdi yang tŭlah bŭrakan dŭngan Simon. Maka bŭrkatalah Isa kapada Simon, Janganlah takot, kŭrna deripada masa ini angkau kŭlak akan mŭnangkap orang.
11Maka apabila sudahlah dibawa ulih marika itu pŭrahunya kŭdarat, maka ditinggalkannyalah skalian lalu mŭngikot akan dia.
12¶ Maka pada skali pŭrstua tŭtkala Isa ada dalam sa’buah nŭgri anu, maka sŭsungguhnya adalah sa’orang pŭnoh dŭngan kusta, apabila dilihatnya Isa, maka sujudlah iya kabumi, sŭrta minta kapadanya, katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu bulihlah angkau mŭnyuchikan aku.
13Maka dihulorkannyalah tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Baiklah, jadilah angkau suchi. Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga kusta itu pun tŭrbanglah deripadanya.
14Maka dipintanya kapadanya, Janganlah katakan kapada sa’orang jua pun, mŭlainkan pŭrgilah unjokkan dirimu kapada imam, dan buatlah korban, kŭrna angkau sudah suchi, spŭrti pŭsanan Musa, akan mŭnjadi saksi kapada marika itu.
15Tŭtapi makinlah lebih pŭchah warta itu bŭrkliling deri halnya. Maka banyaklah bŭlatantara datang bŭrkampong mŭnŭngar, dan akan disŭmbohkannya pŭnyakit pŭnyakitnya.
16¶ Maka undorlah Isa kapada padang itu, lalu mŭminta doa.
17Sŭbarmula maka pada suatu hari tŭtkala iya mŭngajar, maka adalah disana orang orang Farisia, dan pŭndita pŭndita pun dudok bŭrsama sama, yang tŭlah kluar datang deripada tiap tiap kampong Galilia, dan Yahuda, dan Jerusalem; maka adapun kwasa Tuhan bŭrhampir mŭnyŭmbohkan marika itu.
18¶ Maka sŭsungguhnya dibawa oranglah diatas katil sa’orang yang tŭrkŭna tepok, maka dichari ulih marika itu upaya akan mŭmbawa masok, supaya dilŭtakkan akan dia dihadapan Isa.
19Maka apabila marika itu tiada mŭndapat jalan bagimana bulih dibawa masok akan dia kŭdalam, ulih sŭbab bŭlatantara, maka naiklah marika itu ka’atas bumbongan rumah, maka dihulorkannyalah dia trus gŭnting dŭngan katilnya itu ditŭngah tŭngah dihadapan Isa.
20Maka apabila dilihat Isa iman marika itu, maka katanya kapadanya, Hie orang, sagala dosamu tŭlah diampuni.
21Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia itu pun mŭmulai mŭnyangka nyangka, kata nya, Siapakah ini yang bŭrtutor hujat? Siapakah yang bulih mŭngampuni dosa, mŭlainkan Allah sahja?
22Maka apabila dikŭtahui Isa akan fikiran marika itu, maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Apa sŭbab kamu mŭnyangka nyangka dalam hatimu?
23Manakah yang tŭrlebih sŭnang dikata, Dosamu sudah diampunikah? atau bŭrkata, Bangunlah sŭrta bŭrjalan?
24Tŭtapi supaya kamu mŭngtahui adapun Anak manusia itu ada bŭrkwasa diatas bumi akan mŭngampuni dosa; (iya bŭrkata kapada orang yang sakit tepok itu,) Aku bŭrkata kapadamu, bangunlah, angkat katilmu, pulanglah karumahmu.
25Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga iya bangun dihadapan marika itu, sŭrta mŭngangkat akan tŭmpat iya bŭrbaring itu, lalu kŭmbalilah iya karumahnya, sambil iya mŭmuliakan Allah.
26Maka skalian marika itu pun ajaib, sŭrta mŭmuliakan Allah, dan pŭnohlah dŭngan takot, katanya, Kita tŭlah mŭlihat pŭrkara pŭrkara hieran pada hari ini.
27¶ Maka sŭtlah kumdian deripada pŭrkara pŭrkara ini, pŭrgilah Isa bŭrjalan, maka dilihatnya sa’orang yang mŭmŭgang chukie, bŭrnama Levi, dudok ditŭmpat mŭnŭrima chukie; maka katanya kapadanya, Ikotlah aku.
28Maka ditinggalkannyalah skalian itu, bangunlah iya lalu diikotnya dia.
29Maka Levi pun mŭmbuatlah suatu pŭrjamuan bŭsar dalam rumahnya sŭndiri ulih sŭbab Isa, maka adalah banyak pŭrhimponan orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang orang lain yang dudok bŭrsama sama dŭngan marika itu.
30Tŭtapi khatib khatib, dan orang Farisia pun bŭrsungotlah mŭlawan akan murid muridnya, katanya, Mŭngapakah kamu makan minum dŭngan orang orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang orang bŭrdosa?
31Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Tiadalah bŭrguna tabib kapada orang sehat, mŭlainkan kapada orang sakit.
32Aku bukannya datang ini mŭmanggil orang yang bŭnar, mŭlainkan orang bŭrdosa itu akan bŭrtaubat.
33¶ Maka kata marika itu kapadanya, Mŭngapakah murid murid Yahya itu bŭrpuasa slalu, dan bŭrbuat sŭmbahyang, maka dŭmkian lagi murid murid orang Farisia itu, akan tŭtapi murid murid itu makan minum?
34Maka katanya kapada marika itu, Bulihkah kamu mŭnjadikan kanak kanak mŭmplie laki laki itu bŭrpuasa, sŭlagi mŭmplie laki laki itu ada bŭrsama sama dŭngan dia?
35Tŭtapi nanti kŭlak zamannya datang, apabila mŭmplie itu akan diambil dibawa pŭrgi deripada marika itu, maka pada masa itulah marika itu kŭlak bŭrpuasa.
36¶ Maka iya bŭrkata pula suatu pŭrumpamaan kapada marika itu, Tiada sa’orang pun mŭnampalkan sŭkŭping tampalan bahru ka’atas kain lama, maka jangan kŭlak kumdian yang bahru itu mŭnjadikan suatu charek, maka pŭrchah bahru yang ditampalkan itu tiada stuju dŭngan yang lama itu.
37Maka tiada sa’orang pun mŭmbubohkan ayer anggor yang bahru itu kŭdalam botol kulit yang lama, nanti kŭlak ayer anggor yang bahru itu mŭlŭtop botol kulit itu tumpahlah iya, dan kulitnya pun kŭlak akan binasa.
38Adapun ayer anggor yang bahru itu patutlah ditarohkan kŭdalam botol kulit yang bahru, maka kaduanya pun kŭlak akan tŭrpliharalah adanya.
39Maka tiada orang apabila sudah iya minum ayer anggor yang lama itu, maka dŭngan sŭgranya iya handak minum yang bahru, kŭrna katanya, Adapun yang lama itulah lebih baik adanya.
Currently Selected:
Injil Lukas 5: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society