Injil Lukas 15
15
FATSAL XV.
1SŬTLAH itu maka sagala orang yang mĹmĹgang chukie, dan orang bĹrdosa datanglah hampir kapadanya, akan mĹnĹngar pĹrkataannya itu.
2Maka khatib khatib, dan orang orang Farisia itu pun bĹrsungotlah, katanya, Orang ini mĹnĹrima orang yang bĹrdosa itu, sĹrta iya makan bĹrsama sama dĹngan dia.
3¶ Maka Isa pun bĹrkatalah kapada marika itu pĹrumpamaan ini.
4Katanya, Siapakah deri pada kamu yang ada sa’ratus ekor kambing, jikalau iya hilang sa’ekor deripadanya, tiadakah iya mĹninggalkan sĹmbilan puloh sĹmbilan ekor itu dipadang, maka iya pĹrgi mĹnchari yang hilang itu sampielah didapatinya akan dia.
5Maka apabila didapatinya akan dia, dibuboh dibahunya dĹngan suka chitanya.
6Maka apabila datanglah iya kĹrumah, dipanggilnyalah sagala sahabatnya, dan orang orang sa’kampongnya, katanya kapadanya, BĹrsukalah bĹrsama sama dĹngan aku, kĹrna aku tĹlah mĹndapat kambingku yang tĹlah hilang itu.
7Aku bĹrkata kapadamu, dĹmkianlah adanya kĹsukaan itu dalam shorga, apabila sa’orang orang bĹrdosa itu bĹrtaubat tĹrlebih pula deripada sĹmbilan puloh sĹmbilan orang bĹnar itu yang tiada bĹrguna bĹrtaubat.
8¶ Atau pĹrampuan manakah yang ada kapadanya sa’puloh kĹping wang perak, maka jikalau iya hilang satu kĹping, bukankah dipasangnya lilin, dan disapunya rumah dĹngan rajin, dicharinya sampie dapat?
9Maka apabila didapatinya, dipanggilnya sahabat sahabatnya, sĹrta orang orang sa’kampongnya bĹrsama sama, katanya, BĹrsuka sukalah dĹngan aku, kĹrna aku tĹlah mĹndapat wangku yang hilang itu.
10DĹmkianlah aku bĹrkata kapadamu, adalah kĹsukaan dihadapan mĹliekat mĹliekat Tuhan, apabila sa’orang bĹrdosa itu bĹrtaubat.
11¶ Maka katanya, Adalah bagie sa’orang anu itu dua orang anak laki laki.
12Maka kata anak yang muda itu kapada bapanya, Bapa, brilah akan daku bahgian harta harta yang patut bagieku. Maka dibahgikannyalah kapadanya hartanya.
13Maka tiada brapa lamanya, kumdian anaknya yank muda itu bĹrkĹmas skalian, lalu bĹrjalanlah iya pĹrgi kapada sa’buah nĹgri yang jauh, maka disana diboruskannya hartanya itu dĹngan hidop yang tiada kĹtahuan.
14Shahadan apabila sudah diblanjakannya skalian, hata maka dalam nĹgri itu pun bĹrbangkitlah suatu kĹlaparan yang bĹsar, maka iya pun jadilah kĹkorangan.
15Maka lalu pĹrgilah iya masok kĹrja pada sa’orang nĹgri itu, lalu disurohkan ulih orang itu akan dia pĹrgi kĹladangnya mĹmliharakan babinya.
16Maka inginlah iya akan mĹngisi protnya dĹngan sĹkam sĹkam yang dimakan ulih babi itu, maka sa’orang pun tiadalah mĹmbri kapadanya.
17Maka apabila sĹdarlah iya akan dirinya, katanya, Brapa orang upahan bapaku mĹndapat makanan chukop yang bulih dibahginya pula, maka aku ini binasa dĹngan kĹlaparan.
18Maka aku haudak pĹrgi mĹndapatkan bapaku, maka aku akan bĹrkata kapadanya, Bapa, aku tĹlah bĹrdosa kapada Allah dan kapadamu.
19Maka tiadalah aku layak dikatakan anakmu; jadikanlah akan daku sa’orang spĹrti orang orang upahanmu.
20Maka bĹrbangkitlah iya lalu datang kapada bapanya, tĹtapi apabila jauhlah iya lagi, dilihatlah ulih bapanya akan dia, maka kasihanlah iya, lalu larilah iya mĹmĹlok lehirnya, sĹrta dichiumnya akan dia.
21Maka kata anak itu kapadanya, Bapa, aku tĹlah bĹrdosa kapada Allah, dan pada fihakmu, maka tiadalah lagi aku layak dikatakan anakmu.
22TĹtapi kata bapa itu kapada hamba hambanya, Bawalah kluar pakiean yang tĹrutama, pakiekan kapadanya, dan pakiekanlah sa’bĹntok chinchin ditangannya, dan kasut dikakinya.
23Maka bawalah kĹmari anak lĹmbu yang tĹmbun itu sĹmblihkan, biarlah kami makan dan bĹrsuka sukaan.
24KĹrna anakku ini sudah mati, maka iya tĹlah hidop pula, dan sudah hilang, iya tĹlah didapati. Maka marika itu mĹmulailah bĹrsuka suka.
25Adapun anaknya yang tua itu adalah diladang, maka tĹngah iya datang hampir dĹkat kĹrumah, didĹngarnyalah bunyi bunyian dan mĹnari.
26Lalu dipanggilnya sa’orang hamba itu, ditanyanya, Apakah artinya pĹrkara pĹrkara ini skalian?
27Maka katanya kapadanya, Saudaramu itu tĹlah datang, maka bapamu tĹlah mĹnyĹmblih akan anak lĹmbu yang tĹmbun, kĹrna iya tĹlah mĹnyambut akan dia dĹngan slamat dan samporna.
28Maka marahlah iya, lalu tiada iya mahu masok; maka sĹbab itu kluarlah bapanya itu, lalu dibujoknya masok akan dia.
29Maka jawabnya sĹrta bĹrkata kapada bapanya, Hie tengoklah, sĹkian banyak tahun aku tĹlah mĹngĹrjakan angkau, maka tiada aku bĹrsalahan pada barang bila hukummu, mĹski pun dĹmkian, bĹlom pĹrnah angkau mĹmbri akan daku sa’ekor anak kambing, supaya bulih aku bĹrsuka suka dĹngan sahabat sahabatku.
30TĹtapi sĹrta anakmu itu sudah datang, yang tĹlah mĹmbinasakan hartamu itu kapada pĹrampuan pĹrampuan sundal, angkau tĹlah mĹnyĹmblihkan akan dia anak lĹmbu tĹmbun itu.
31Maka katanya kapadanya, Anak, angkau ada slamanya dĹngan aku, maka sagala yang ada kapadaku itu angkau punya.
32Maka patutlah kami bĹrsuka suka dan tĹrmasa, kĹrna saudaramu ini tĹlah mati, maka iya hidop pula, dan tĹlah hilang, iya tĹlah didapati.
Currently Selected:
Injil Lukas 15: KEAS
Highlight
Share
Copy
Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in
maintained by the British and Foreign Bible Society