Dalam kesesakannya dia memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia sangat merendahkan diri di hadapan Allah nenek moyangnya dan berdoa kepada-Nya. Lalu Allah mengabulkan doanya dan mendengar permohonannya. Allah membawanya kembali ke Yerusalem, kepada kerajaannya. Maka tahulah Manasye bahawa TUHAN sememangnya Allah.