“Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Janganlah takut dan janganlah kecut hati terhadap raja Asyur dan terhadap seluruh pasukan yang menyertainya, kerana yang menyertai kita lebih besar daripada yang menyertainya. Yang menyertainya hanyalah tangan manusia, sedangkan yang menyertai kita ialah TUHAN, Allah kita, yang membantu kita dan bertempur dalam peperangan kita.” Bangsa itu pun diyakinkan oleh perkataan Hizkia, raja Yehuda.