KEJADIAN 5
5
Keturunan Adam
(1 Taw 1.1-4)
1Inilah senarai keturunan Adam. (Pada masa Allah menciptakan manusia, Allah menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. 2 Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. Dia memberkati mereka dan menamakan mereka “Manusia”.) 3Ketika Adam berumur 130 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki yang mirip dengan dia, lalu dia menamakannya Set. 4Selepas itu Adam hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 5Adam meninggal ketika berumur 930 tahun.
6Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos. 7Selepas itu Set hidup selama 807 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 8Set meninggal ketika berumur 912 tahun.
9Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan. 10Selepas itu Enos hidup selama 815 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 11Enos meninggal ketika berumur 905 tahun.
12Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalaleel. 13Selepas itu Kenan hidup selama 840 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 14Dia meninggal ketika berumur 910 tahun.
15Ketika Mahalaleel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared. 16Selepas itu Mahalaleel hidup selama 830 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 17Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.
18Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh. 19Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 20Dia meninggal ketika berumur 962 tahun.
21Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah. 22Selepas itu, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun. Henokh mendapat anak-anak lain 23dan mencapai umur 365 tahun. 24 Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah.
25Ketika Metusalah berumur 187 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Lamekh. 26Selepas itu Metusalah hidup selama 782 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 27Dia meninggal ketika berumur 969 tahun.
28Ketika Lamekh berumur 182 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki. 29Lamekh berkata, “Anak ini akan memberi keringanan pada masa kita bekerja keras untuk mengusahakan tanah yang dikutuk oleh TUHAN.” Maka Lamekh menamakan anak itu Nuh. 30Selepas itu Lamekh hidup selama 595 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain. 31Lamekh meninggal ketika berumur 777 tahun.
32Ketika Nuh berumur 500 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham.
Цяпер абрана:
KEJADIAN 5: BM
Пазнака
Падзяліцца
Капіяваць
Хочаце, каб вашыя адзнакі былі захаваны на ўсіх вашых прыладах? Зарэгіструйцеся або ўвайдзіце
Alkitab Berita Baik © Bible Society of Malaysia, 1996.