MAZMUR 48
48
Sion, Kota Allah
1Mazmur puak Korah.
2TUHAN sungguh agung dan terpuji
di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci.
3 Sion, bukit Allah, tinggi dan indah;
kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia!
4Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan,
kerana Allah berada di sana.
5Raja-raja berkumpul
dan datang hendak menyerang Bukit Sion.
6Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat;
mereka takut dan lari kebingungan.
7Mereka gementar ketakutan,
mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin,
8mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut.
9Apa yang sudah kita dengar, kini sudah kita lihat,
di kota Allah kita, TUHAN Yang Maha Kuasa.
Kota itu kota Allah kita;
Dia membela kota itu selama-lamanya.
10Ya Allah, di dalam Rumah-Mu,
kami merenungkan kasih-Mu.
11Nama-Mu termasyhur dan dipuji di seluruh dunia,
Engkau memerintah dengan adil.
12Biarlah penduduk Sion dan Yehuda bergembira,
kerana Engkau menghakimi orang dengan adil.
13Hai umat Allah, kelilingilah Sion dan hitunglah menara di situ,
14perhatikanlah tembok dan periksalah kubu kota itu,
supaya kamu dapat memberitahu keturunan yang akan datang
15bahawa Dialah Allah, Allah kita selama-lamanya;
Dia akan memimpin kita selama-lamanya.
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.