1
MATIUS 10:16
Alkitab Berita Baik
“Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.
对照
探索 MATIUS 10:16
2
MATIUS 10:39
Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati.”
探索 MATIUS 10:39
3
MATIUS 10:28
Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.
探索 MATIUS 10:28
4
MATIUS 10:38
Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.
探索 MATIUS 10:38
5
MATIUS 10:32-33
“Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga. Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.”
探索 MATIUS 10:32-33
6
MATIUS 10:8
Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran!
探索 MATIUS 10:8
7
MATIUS 10:31
Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!”
探索 MATIUS 10:31
8
MATIUS 10:34
“Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan.
探索 MATIUS 10:34
主页
圣经
计划
视频