Allah menjawab dalam mimpi itu, “Ya, Aku tahu bahawa engkau melakukannya dengan hati nurani yang bersih; oleh itu Aku sudah mencegah engkau daripada berdosa terhadap Aku dan tidak membiarkan engkau menjamah wanita itu. Tetapi sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi, dan dia akan berdoa untukmu supaya engkau tidak mati. Tetapi jika engkau tidak mengembalikannya, ingat, engkau dan segenap rakyatmu akan mati.”