Lebih baik orang seperti itu tidak pernah mengenal cara hidup yang dikehendaki oleh Allah, daripada mereka mengenalnya lalu tidak mahu mentaati perintah yang diberikan oleh Allah. Apa yang berlaku kepada mereka membuktikan bahawa peribahasa ini benar, “Anjing akan makan semula apa yang sudah dimuntahkannya,” dan “Babi yang sudah dimandikan, akan bergulingan semula di lumpur.”