Indjil Mattheus 1

1
1Daftar bangsa Jesus Christos, anak laki‐laki Daud, anak laki‐laki Abraäm.
2Abraäm peranaklah Isaäk; Isaäk peranaklah Jakub; dan Jakub peranaklah Juda dan sudara‐sudaranja laki‐laki;
3Juda peranaklah Fares dan Sara, dengan Thamar; Fares peranaklah Esrom; Esrom peranaklah Aram;
4Aram peranaklah Aminadab; Aminadab peranaklah Naässon; Naässon peranaklah Salmon;
5Salmon peranaklah Boös dengan Rachab; Boös peranaklah Obed dengan Ruth; Obed peranaklah Jessaï;
6Jessaï peranaklah Daud, jang Sultan itu, dan Sultan Daud peranaklah Solomon dengan jang punja Uria;
7Solomon peranaklah Roboam; Roboäm peranaklah Abia; Abia peranaklah Asa;
8Asa peranaklah Josafat; Josafat peranaklah Joram; Joram peranaklah Osia;
9Osia peranaklah Joätham; Joätham peranaklah Achas; Achas peranaklah Esekia;
10Esekia peranaklah Manasse; Manasse peranaklah Amon; Amon peranaklah Josia;
11Josia peranaklah Jechonia dan sudara‐sudaranja, sakira‐kira pada waktu kapindahan ka Babel.
12Komedien deri pada kapindahan ka Babel Jechonia peranaklah Salathiël; Salathiël peranaklah Sorobabel;
13Sorobabel peranaklah Abiud; Abiud peranaklah Eliakim; Eliakim peranaklah Asor;
14Asor peranaklah Sadok; Sadok peranaklah Achim; Achim peranaklah Eliud;
15Eliud peranaklah Eleasar; Eleasar peranaklah Matthan; Matthan peranaklah Jakub;
16Jakub peranaklah Josef, suwami Maria, jang beranaklah Jesus, jang terpanggil Christos.
17Samowa pupu deri Abraam sampe Daud, itulah ampat belas pupu; deri Daud sampe kapindahan ka Babel ampat belas pupu; deri kapindahan ka Babel sampe Christos ampat belas pupu.
18Adapawn akan kadjadian Christos sudah ada demikijen: Ija itu sedang Maria ibunja, sudahlah bertunangan dengan Josef, lebeh dihulu deri kaduwa marika itu sudah bertinggal sama‐sama, sudah djadi njata jang Maria adalah bonting awleh Roch kudus.
19Tetapi Josef suwaminja itu, deri sebab saäwrang jang adil adanja, dan tijada mawu hinakan dija dengan njata‐njata, sudah kira bajik mawu meninggalkan dija dengan dijam‐dijam djuga.
20Maka sedang ija adalah bakira bagitu, takadjoh, kalihatanlah padanja satu Melaikat maha besar Tuhan dalam mimpiän, kata padanja: Hé Josef anak laki‐laki Daud! djanganlah takot akan tarima Maria isterimu itu; karana sabarang itu jang sudah djadi dalam dija, itulah deri dalam Roch kudus.
21Maka ija akan beranak satu anak laki‐laki, dan saharosnja angkaw kasi padanja nama Jesus; karana ija akan melepaskan kawmnja deri pada dawsa‐dawsanja.
22Maka segala sasawatu ini sudah djadi, sopaja djadi ganap barang jang dekatakan awleh maha besar Tuhan, awleh Nabi, katanja:
23Lihatlah, parawan itu akan djadi bonting, dan akan beranak satu anak laki‐laki, dan namanja akan denamaï Emmanuël, jang tersalin artinja: Allah baserta dengan kami.
24Bagitu djuga, manakala Josef sudahlah takadjoh bangon, ikotlah ija, sabagimana Melaikat maha besar Tuhan sudahlah bertitah padanja, dan tarimalah Maria isterinja itu.
25Dan tijada ija bertinggal dengan dija sampe waktu mana ija sudahlah beranak anaknja laki‐laki jang pertama, dan panggillah ija namanja Jesus.

தற்சமயம் தேர்ந்தெடுக்கப்பட்டது:

Indjil Mattheus 1: ABSNT

சிறப்புக்கூறு

பகிர்

நகல்

None

உங்கள் எல்லா சாதனங்களிலும் உங்கள் சிறப்பம்சங்கள் சேமிக்கப்பட வேண்டுமா? பதிவு செய்யவும் அல்லது உள்நுழையவும்