1
LUKAS 22:42
Alkitab Berita Baik
Dia berlutut dan berdoa, “Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah.”
සසඳන්න
LUKAS 22:42 ගවේෂණය කරන්න
2
LUKAS 22:32
Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara-saudaramu.”
LUKAS 22:32 ගවේෂණය කරන්න
3
LUKAS 22:19
Kemudian Yesus mengambil roti. Setelah Dia mengucap syukur kepada Allah, Dia membahagi roti itu lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, “Inilah tubuh-Ku, yang diberikan untuk kamu. Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku.”
LUKAS 22:19 ගවේෂණය කරන්න
4
LUKAS 22:20
Begitu juga setelah makan, Dia memberikan cawan itu kepada mereka sambil berkata, “Cawan wain ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku, darah yang dicurahkan untuk kamu.
LUKAS 22:20 ගවේෂණය කරන්න
5
LUKAS 22:44
Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.
LUKAS 22:44 ගවේෂණය කරන්න
6
LUKAS 22:26
Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Sebaliknya, orang yang terbesar antara kamu mesti menjadi seperti yang terkecil dan pemimpin mesti menjadi seperti hamba.
LUKAS 22:26 ගවේෂණය කරන්න
7
LUKAS 22:34
Yesus berkata, “Ketahuilah, Petrus, sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.”
LUKAS 22:34 ගවේෂණය කරන්න
නිවස
බයිබලය
සැලසුම්
වීඩියෝ