KEJADIAN 10
10
Keturunan Anak-Anak Nuh
(1 Taw 1.5-23)
1Inilah keturunan Sem, Yafet, dan Ham, anak-anak Nuh. Selepas banjir itu, ketiga-tiga mereka mendapat anak lelaki. 2Inilah anak-anak Yafet: Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. 3Keturunan Gomer ialah penduduk Askenas, Rifat, dan Togarma. 4Keturunan Yawan ialah penduduk Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes. 5Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.
6Inilah keturunan Ham: Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan. 7Keturunan Kus ialah penduduk Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah penduduk Syeba dan Dedan. 8Kus mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Nimrod. Nimrod menjadi seorang penakluk agung yang pertama sekali di dunia. 9Dengan pertolongan TUHAN, Nimrod menjadi seorang pemburu yang ulung. Oleh itu orang berkata, “Semoga TUHAN menjadikan kamu pemburu yang ulung seperti Nimrod.” 10Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia. 11Dari sana, Nimrod pergi ke Asyur lalu membina kota Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah, 12dan Resen, yang terletak di antara Niniwe dan Kalah, sebuah kota yang besar.
13Keturunan Mesir ialah penduduk Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim, 14Patrusim, Kasluhim, dan Kaftorim, nenek moyang bangsa Filistin.
15Anak Kanaan ialah Sidon yang sulung, dan Het. 16Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi, 17Hewi, Arki, Sini, 18Arwadi, Semari, dan Hamati. Keturunan suku-suku Kanaan itu terserak jauh 19sampai ke sempadan negeri mereka dan meluas dari Sidon ke selatan menuju Gerar, sampai ke Gaza, dan ke timur menuju Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa. 20Mereka semua keturunan Ham. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
21Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani. 22Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram. 23Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas. 24Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber. 25Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan. 26Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah, 27Hadoram, Uzal, Dikla, 28Obal, Abimael, Syeba, 29Ofir, Hawila, dan Yobab. Mereka semua keturunan Yoktan. 30Daerah tempat tinggal mereka meluas dari Mesa ke Sefar, kawasan pergunungan di sebelah timur. 31Mereka semua keturunan Sem. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
32Mereka semua keturunan Nuh, suku demi suku, menurut jurai keturunan masing-masing. Selepas banjir itu, semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh.
Atualmente Selecionado:
KEJADIAN 10: BMDC
Destaque
Compartilhar
Copiar
Quer salvar seus destaques em todos os seus dispositivos? Cadastre-se ou faça o login
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.