ROMA 10:17-21
![ROMA 10:17-21 - Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.
Tetapi aku bertanya: Betulkah mereka belum mendengar perkhabaran itu? Tentu mereka sudah mendengarnya, kerana di dalam Alkitab tertulis,
“Suara mereka terdengar di seluruh dunia;
dan kata-kata mereka sampai ke hujung bumi.”
Aku bertanya pula: Tidakkah orang Israel memahaminya? Musa ialah orang pertama yang menjawab soalan itu. Dia berkata, “Allah berfirman,
‘Aku akan menjadikan kamu iri hati terhadap mereka yang bukan bangsa;
Aku akan menjadikan kamu marah terhadap bangsa yang bodoh.’ ”
Yesaya lebih berani lagi ketika dia berkata, “Allah berfirman,
‘Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku,
Aku menampakkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku.’ ”
Tetapi tentang orang Israel Yesaya berkata, “Allah berfirman, ‘Sepanjang hari Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang tidak taat kepada-Ku dan yang melawan Aku.’ ”](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2F320x320%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fstatic-youversionapi-com%2Fimages%2Fbase%2F21403%2F1280x1280.jpg&w=640&q=75)
Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus. Tetapi aku bertanya: Betulkah mereka belum mendengar perkhabaran itu? Tentu mereka sudah mendengarnya, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Suara mereka terdengar di seluruh dunia; dan kata-kata mereka sampai ke hujung bumi.” Aku bertanya pula: Tidakkah orang Israel memahaminya? Musa ialah orang pertama yang menjawab soalan itu. Dia berkata, “Allah berfirman, ‘Aku akan menjadikan kamu iri hati terhadap mereka yang bukan bangsa; Aku akan menjadikan kamu marah terhadap bangsa yang bodoh.’ ” Yesaya lebih berani lagi ketika dia berkata, “Allah berfirman, ‘Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku, Aku menampakkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku.’ ” Tetapi tentang orang Israel Yesaya berkata, “Allah berfirman, ‘Sepanjang hari Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang tidak taat kepada-Ku dan yang melawan Aku.’ ”
ROMA 10:17-21