Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

MAZMUR 90:4-15

MAZMUR 90:4-15 - Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;
seperti hari kelmarin yang telah lalu,
seperti satu giliran jaga pada waktu malam.
Engkau mengakhiri hidup kami,
hidup kami seperti mimpi.
Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,
yang tumbuh dan berbunga,
tetapi layu dan mati pada waktu petang.

Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;
kami takut kerana kemarahan-Mu.
Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,
dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.

Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;
hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.
Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,
lapan puluh, jika kami kuat;
namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;
kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.

Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu?
Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu?
Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,
supaya kami menjadi bijak bestari.

Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau murka?
Kembalilah dan kasihanilah hamba-hamba-Mu.
Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi,
supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami.
Berilah kami kebahagiaan sebanyak kedukaan
yang kami tanggung dalam tahun-tahun kesengsaraan.

Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu; seperti hari kelmarin yang telah lalu, seperti satu giliran jaga pada waktu malam. Engkau mengakhiri hidup kami, hidup kami seperti mimpi. Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi, yang tumbuh dan berbunga, tetapi layu dan mati pada waktu petang. Kami binasa kerana kemurkaan-Mu; kami takut kerana kemarahan-Mu. Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu, dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu. Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu; hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas. Tujuh puluh tahun sahaja usia kami, lapan puluh, jika kami kuat; namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan; kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap. Siapakah pernah mengalami dahsyatnya kemurkaan-Mu? Siapakah yang sedar akan akibat kemarahan-Mu? Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami, supaya kami menjadi bijak bestari. Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau murka? Kembalilah dan kasihanilah hamba-hamba-Mu. Puaskanlah kami dengan kasih-Mu pada setiap pagi, supaya kami dapat menyanyi dan bergembira seumur hidup kami. Berilah kami kebahagiaan sebanyak kedukaan yang kami tanggung dalam tahun-tahun kesengsaraan.

MAZMUR 90:4-15

MAZMUR 90:4-15
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video