MAZMUR 51:1-17

MAZMUR 51:1-17 - Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.

Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu;
hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.
Basuhlah aku daripada segala kejahatanku,
dan bersihkanlah aku daripada dosaku.

Aku mengakui kesalahanku;
aku sentiasa sedar akan dosaku.
Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja,
dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat.
Maka patutlah Engkau menghakimi aku;
adillah Engkau ketika menghukum aku.
Aku jahat sejak aku dilahirkan;
aku berdosa sejak aku dalam kandungan.

Engkau menghendaki ketulusan hati;
penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.
Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih;
basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji.
Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan,
agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan,
akan menjadi gembira semula.
Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku,
dan hapuskanlah segala kejahatanku.

Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku,
baharuilah batinku agar menjadi teguh.
Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu;
janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku.
Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu,
dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.
Maka aku akan mengajarkan perintah-Mu kepada orang berdosa,
dan mereka akan kembali kepada-Mu.

Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku,
lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu.
Tolonglah aku berkata-kata,
ya Tuhan,
lalu aku akan memberi Engkau pujian.

Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku. Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku. Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat. Maka patutlah Engkau menghakimi aku; adillah Engkau ketika menghukum aku. Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan. Engkau menghendaki ketulusan hati; penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu. Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji. Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula. Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku, dan hapuskanlah segala kejahatanku. Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh. Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu; janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku. Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu. Maka aku akan mengajarkan perintah-Mu kepada orang berdosa, dan mereka akan kembali kepada-Mu. Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu. Tolonglah aku berkata-kata, ya Tuhan, lalu aku akan memberi Engkau pujian.

MAZMUR 51:1-17