MAZMUR 51:1-14
![MAZMUR 51:1-14 - Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba.
Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu;
hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar.
Basuhlah aku daripada segala kejahatanku,
dan bersihkanlah aku daripada dosaku.
Aku mengakui kesalahanku;
aku sentiasa sedar akan dosaku.
Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja,
dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat.
Maka patutlah Engkau menghakimi aku;
adillah Engkau ketika menghukum aku.
Aku jahat sejak aku dilahirkan;
aku berdosa sejak aku dalam kandungan.
Engkau menghendaki ketulusan hati;
penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu.
Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih;
basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji.
Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan,
agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan,
akan menjadi gembira semula.
Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku,
dan hapuskanlah segala kejahatanku.
Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku,
baharuilah batinku agar menjadi teguh.
Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu;
janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku.
Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu,
dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2F320x320%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fstatic-youversionapi-com%2Fimages%2Fbase%2F16231%2F1280x1280.jpg&w=640&q=75)
Untuk pemimpin koir. Mazmur Raja Daud setelah baginda ditegur oleh Nabi Natan kerana berzina dengan Batsyeba. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana kasih-Mu; hapuskanlah dosa-dosaku, kerana belas kasihan-Mu sungguh besar. Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku. Aku mengakui kesalahanku; aku sentiasa sedar akan dosaku. Aku telah berdosa terhadap-Mu - terhadap-Mu sahaja, dan aku melakukan perkara yang Engkau anggap jahat. Maka patutlah Engkau menghakimi aku; adillah Engkau ketika menghukum aku. Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan. Engkau menghendaki ketulusan hati; penuhkanlah batinku dengan kebijaksanaan-Mu. Sucikanlah aku, maka aku akan menjadi bersih; basuhlah aku, lalu aku akan menjadi lebih putih daripada salji. Biarlah aku mendengar suara kesukaan dan kegembiraan, agar aku yang Engkau hancurkan dan remukkan, akan menjadi gembira semula. Palingkanlah wajah-Mu daripada dosaku, dan hapuskanlah segala kejahatanku. Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku, baharuilah batinku agar menjadi teguh. Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu; janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku. Buatlah aku gembira lagi kerana penyelamatan daripada-Mu, dan berilah aku hati yang rela mentaati-Mu.
MAZMUR 51:1-14