YOEL 2:12-32

YOEL 2:12-32 - TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang
bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku
dengan berpuasa, menangis, dan meratap.
Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan,
jangan hanya mengoyakkan pakaian.”

Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu.
Dia penyayang dan penuh rahmat;
Dia sabar dan menepati janji-Nya;
Dia sentiasa sedia mengampuni
dan tidak suka menghukum.
Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya,
lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak.
Oleh itu kamu dapat mempersembahkan
gandum dan wain kepada-Nya.

Tiuplah trompet di Bukit Sion;
berikanlah perintah untuk berpuasa,
dan adakanlah satu perhimpunan.
Kumpulkanlah segenap rakyat,
siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat,
bawalah orang tua,
kumpulkanlah anak-anak
dan bayi-bayi juga.
Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang.
Para imam yang mengabdi kepada TUHAN
di antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN,
mesti menangis dan berdoa demikian,
“Kasihanilah umat-Mu,
ya TUHAN.
Jangan biar bangsa lain
menghina dan mengolok-olok kami dengan berkata,
‘Di manakah Allah kamu?’ ”

Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Dia
mengambil berat tentang tanah-Nya;
Dia mengasihani umat-Nya.
Dia menjawab mereka,
“Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun,
lalu kamu akan dikenyangkan.
Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi.
Aku akan menjauhkan pasukan belalang
yang datang dari utara.
Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan itu
ke padang gurun.
Barisan hadapan pasukan itu akan dihalau
sampai tenggelam di Laut Mati,
dan barisan belakang
tenggelam di Laut Tengah.
Belalang yang mati akan menjadi busuk.
Aku akan membinasakan pasukan itu
kerana segala perbuatannya terhadap kamu.

Hai ladang, jangan takut;
bersukacitalah dan bergembiralah,
kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu.
Hai binatang, jangan takut;
kerana padang rumput kini hijau,
pokok mengeluarkan buah,
dan buah ara serta buah anggur pun banyak.

Bersukacitalah,
hai penduduk Sion,
bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu;
Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh,
Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk
dan hujan pada musim bunga seperti dahulu.
Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum,
dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahan
dengan wain dan minyak zaitun.
Aku akan mengganti segala kerugian kamu
pada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu.
Akulah yang menyuruh
kawanan belalang itu menyusahkan kamu.
Tetapi sekarang kamu akan mempunyai
cukup makanan sehingga kenyang.
Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu,
Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu.
Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.
Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahu
bahawa Aku ada di tengah-tengah kamu,
dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu,
dan tiada lagi yang lain.
Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.”

“Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:
anak lelaki dan anak perempuan kamu
akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;
orang tua kamu akan bermimpi,
dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.
Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Ku
bahkan kepada hamba-hamba,
baik lelaki mahupun perempuan.

Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi;
akan ada pertumpahan darah,
api dan gumpalan asap.
Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba,
matahari akan menjadi gelap,
dan bulan akan menjadi merah seperti darah.
Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN
akan diselamatkan.
Sebagaimana TUHAN telah berfirman,
‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat;
mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”

TUHAN berfirman, “Tetapi sekarang bertaubatlah dengan sungguh-sungguh dan kembalilah kepada-Ku dengan berpuasa, menangis, dan meratap. Biarlah hati kamu yang hancur itu menyatakan penyesalan, jangan hanya mengoyakkan pakaian.” Kembalilah kepada TUHAN Allah kamu. Dia penyayang dan penuh rahmat; Dia sabar dan menepati janji-Nya; Dia sentiasa sedia mengampuni dan tidak suka menghukum. Mungkin TUHAN Allah kamu akan mengubah fikiran-Nya, lalu memberkati kamu dengan hasil bumi yang banyak. Oleh itu kamu dapat mempersembahkan gandum dan wain kepada-Nya. Tiuplah trompet di Bukit Sion; berikanlah perintah untuk berpuasa, dan adakanlah satu perhimpunan. Kumpulkanlah segenap rakyat, siapkanlah mereka untuk perhimpunan umat, bawalah orang tua, kumpulkanlah anak-anak dan bayi-bayi juga. Pasangan yang baru berkahwin pun mesti meninggalkan bilik, lalu datang. Para imam yang mengabdi kepada TUHAN di antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN, mesti menangis dan berdoa demikian, “Kasihanilah umat-Mu, ya TUHAN. Jangan biar bangsa lain menghina dan mengolok-olok kami dengan berkata, ‘Di manakah Allah kamu?’ ” Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Dia mengambil berat tentang tanah-Nya; Dia mengasihani umat-Nya. Dia menjawab mereka, “Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun, lalu kamu akan dikenyangkan. Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi. Aku akan menjauhkan pasukan belalang yang datang dari utara. Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan itu ke padang gurun. Barisan hadapan pasukan itu akan dihalau sampai tenggelam di Laut Mati, dan barisan belakang tenggelam di Laut Tengah. Belalang yang mati akan menjadi busuk. Aku akan membinasakan pasukan itu kerana segala perbuatannya terhadap kamu. Hai ladang, jangan takut; bersukacitalah dan bergembiralah, kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu. Hai binatang, jangan takut; kerana padang rumput kini hijau, pokok mengeluarkan buah, dan buah ara serta buah anggur pun banyak. Bersukacitalah, hai penduduk Sion, bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu; Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh, Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk dan hujan pada musim bunga seperti dahulu. Tempat mengirik gandum akan penuh dengan gandum, dan tempat memeras buah anggur akan berkelimpahan dengan wain dan minyak zaitun. Aku akan mengganti segala kerugian kamu pada tahun-tahun ketika belalang makan hasil tanaman kamu. Akulah yang menyuruh kawanan belalang itu menyusahkan kamu. Tetapi sekarang kamu akan mempunyai cukup makanan sehingga kenyang. Kamu akan memuji TUHAN, Allah kamu, Dia telah melakukan perbuatan ajaib bagi kamu. Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi. Oleh itu, hai Israel, kamu akan tahu bahawa Aku ada di tengah-tengah kamu, dan bahawa Aku, TUHAN ialah Allah kamu, dan tiada lagi yang lain. Umat-Ku tidak sekali-kali akan dihina lagi.” “Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang: anak lelaki dan anak perempuan kamu akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku; orang tua kamu akan bermimpi, dan orang muda kamu akan nampak penglihatan. Pada masa itu Aku akan mencurahkan roh-Ku bahkan kepada hamba-hamba, baik lelaki mahupun perempuan. Aku akan memberikan petanda hari itu, di langit dan di bumi; akan ada pertumpahan darah, api dan gumpalan asap. Sebelum Hari TUHAN yang dahsyat dan mengerikan itu tiba, matahari akan menjadi gelap, dan bulan akan menjadi merah seperti darah. Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN akan diselamatkan. Sebagaimana TUHAN telah berfirman, ‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat; mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”

YOEL 2:12-32