IBRANI 6:10-19

IBRANI 6:10-19 - Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang. Kami ingin sekali supaya setiap orang di kalangan kamu terus bergiat sehingga akhir, supaya segala perkara yang kamu harap-harapkan itu boleh kamu terima. Kami tidak mahu kamu menjadi malas. Hiduplah seperti mereka yang menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah, kerana percaya kepada-Nya dan bersabar.

Ketika Allah berjanji kepada Abraham, Dia bersumpah bahawa Dia akan melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya. Kerana tidak ada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada Allah, Dia bersumpah demi nama-Nya sendiri. Allah berfirman, “Aku berjanji akan memberkati engkau dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.” Abraham bersabar. Oleh itu dia menerima apa yang dijanjikan oleh Allah. Ketika seseorang bersumpah, dia menggunakan nama orang lain yang lebih tinggi kedudukannya daripada dia. Lalu sumpah itu menyelesaikan segala perselisihan. Allah hendak meyakinkan orang yang akan menerima apa yang dijanjikan-Nya, bahawa Dia tidak sekali-kali akan mengubah maksud-Nya. Itulah sebabnya Dia menambah sumpah pada janji-Nya itu. Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita. Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga.

Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang. Kami ingin sekali supaya setiap orang di kalangan kamu terus bergiat sehingga akhir, supaya segala perkara yang kamu harap-harapkan itu boleh kamu terima. Kami tidak mahu kamu menjadi malas. Hiduplah seperti mereka yang menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah, kerana percaya kepada-Nya dan bersabar. Ketika Allah berjanji kepada Abraham, Dia bersumpah bahawa Dia akan melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya. Kerana tidak ada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada Allah, Dia bersumpah demi nama-Nya sendiri. Allah berfirman, “Aku berjanji akan memberkati engkau dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.” Abraham bersabar. Oleh itu dia menerima apa yang dijanjikan oleh Allah. Ketika seseorang bersumpah, dia menggunakan nama orang lain yang lebih tinggi kedudukannya daripada dia. Lalu sumpah itu menyelesaikan segala perselisihan. Allah hendak meyakinkan orang yang akan menerima apa yang dijanjikan-Nya, bahawa Dia tidak sekali-kali akan mengubah maksud-Nya. Itulah sebabnya Dia menambah sumpah pada janji-Nya itu. Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita. Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga.

IBRANI 6:10-19