1 SAMUEL 2:1-11

1 SAMUEL 2:1-11 - Kemudian Hana berdoa,
“TUHAN menggembirakan hatiku;
alangkah bahagianya aku,
kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku.
Sekarang aku mentertawakan musuhku;
alangkah sukacitanya aku
kerana Allah sudah menolong aku.

Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN;
Dia tidak ada tandingan;
hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.
Hentikanlah cakap besarmu,
jangan keluarkan cakap angkuh.
Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu,
Dia menghakimi segala perbuatan orang.
Busur askar yang perkasa sudah patah,
tetapi orang yang lemah menjadi perkasa.
Orang yang dahulu kenyang,
sekarang harus bekerja untuk mencari makan;
tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang.
Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak,
tetapi ibu yang mempunyai banyak anak,
ditinggalkan dan dibiarkan merana.
TUHAN mematikan manusia,
Dia juga menghidupkan mereka.
Dia menghantar manusia ke dunia orang mati,
dan Dia juga membawa mereka kembali.
TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa,
dan menjadikan yang lain kaya.
Dia merendahkan sebilangan orang,
dan meninggikan yang lain.
Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan,
Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan.
Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat,
dan diberikan tempat yang terhormat.
Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN,
di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.

Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia,
tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita.
Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.
Musuh-musuh TUHAN akan binasa;
Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka.
TUHAN akan menghakimi seluruh dunia;
Dia akan memberikan kuasa kepada raja,
Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”

Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel, anak itu tinggal di Silo dan mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.

Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku. Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan. Hentikanlah cakap besarmu, jangan keluarkan cakap angkuh. Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu, Dia menghakimi segala perbuatan orang. Busur askar yang perkasa sudah patah, tetapi orang yang lemah menjadi perkasa. Orang yang dahulu kenyang, sekarang harus bekerja untuk mencari makan; tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang. Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak, tetapi ibu yang mempunyai banyak anak, ditinggalkan dan dibiarkan merana. TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali. TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain. Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia. Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia, tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya. Musuh-musuh TUHAN akan binasa; Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka. TUHAN akan menghakimi seluruh dunia; Dia akan memberikan kuasa kepada raja, Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.” Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel, anak itu tinggal di Silo dan mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.

1 SAMUEL 2:1-11