Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 32 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 6:5-9.
Apakah pengajaran Tuhan kepada hamba? Tuan? Bagaimanakah ajaran ini dipakai dalam kehidupan seharian kita? Bukankah kita semuanya hamba Tuhan? Bagaimanakah kehidupan kita sepatutnya? Apakah sikap kita yang patut?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 6:6-7
"Janganlah berbuat demikian hanya pada masa kamu diawasi, untuk mendapat pujian mereka. Tetapi sebagai abdi Kristus, kamu harus melakukan kehendak Allah dengan sepenuh hati. Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia."

MENJIRAM BENIH
Apakah kerja seharian anda? Apakah sikap hati anda terhadap kerja ini? Bayangkan hari anda. Apakah anda bekerja seperti kepada Tuhan? Di rumah? Di tempat kerja? Di sekolah? Apakah anda berusaha secukupnya untuk Tuhan? Apakah anda cuba bekerja dengan kekuatan sendiri? Allah mencari mereka yang melayaniNya dengan hati yang murni. 2 Tawarikh 16:9 berkata, "TUHAN sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya." Mengenai seseorang, dikata, "Raja Yosia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN. Baginda mengikut teladan nenek moyangnya Raja Daud, dan mentaati seluruh hukum Allah dengan sepenuhnya" (2 Tawarikh 34:2). Minta Tuhan membantu anda melayaniNya dengan hati yang betul. Sekiranya anda rasa terbeban, mintalah bantuanNya. Mintalah kasih kurnia dan kekuatanNya. Jangan berputus asa atau menyerah kalah. Perhatilah, mata siapa sebenarnya yang anda ingin puaskan (Kolose 3:23). Apakah yang dilihat oleh mata Tuhan di dalammu?

BERBUAH
Melakukan segalanya seperti terhadap Tuhan.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 31Hari 33

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org