Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 28 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 5:11-14.
Apakah amaran-amaran dalam petikan ini?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Ephesians 5:14
"Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu."

MENJIRAM BENIH
Tuhan telah mendedahkan perkara-perkara di dalam kehidupan dan hati anda yang perlu diubah. Bagaimanakah anda membangunkan penidur di dalammu? Apakah perkara yang mungkin membangkitkan anda? Suatu contoh adalah memastikan anda di dalam firman dan merenunginya setiap hari dan seluruh hari.

Ada kala, ketika kita membaca buku atau menonton TV, kita mengantuk dan tahu kita akan tidur. Ada masa lain kita langsung tidak sedar kita sudah tertidur. Penipuan tidur rohani sama seperti ini. Kita tidak sedar kita sudah tertidur, kerana musuh kita "halus" sekali. Kita berjaga pada suatu saat dan tertidur pada saat berikut. Surat Yakobus amat berguna sekiranya kita ingin memastikan kita tidak tertipu. Yakobus 1:22 berkata, "Janganlah tipu diri sendiri dengan hanya mendengarkan firman-Nya. Sebaliknya, lakukanlah apa yang difirmankan-Nya." (Sekiranya anda ada masa sekarang atau lewat nanti, baca Yakobus 1:19-27). Minta Tuhan membantu anda benar-benar mendengar ajaran ini.

Di Roma 10:17, Paulus menjelaskan, "Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus." Suatu tempat yang paling penting untuk menghapuskan kegelapan adalah hati kita sendiri. Kita boleh membawa kegelapan itu kepada cahaya dengan menyinarkan cahaya firman Allah ke atasnya seluruh hari - dengan merenungi firmanNya (Mazmur 119:11). Walaupun anda berasa sukar menghafal dan merenungi ayat Alkitab, bermula kembali hari ini; memang tidak terlalu lewat untuk hidup dalam kesolehan.

BERBUAH
Bangunlah dan bangkit dari antara orang mati.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 27Hari 29

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org