Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 26 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 5:3-5.
Iri hati dan penyembahan berhala? Apakah ajaran petikan ini tentang dosa tersebut? Apakah amarannya? Iri hati adalah mengingini pemilikan orang lain. Menyembah berhala adalah penggantian Allah dengan benda lain. Adakah sesuatu yang perlu anda lakukan?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 5:5
"Kamu tentu tahu bahawa orang yang melakukan perbuatan cabul, atau yang tidak senonoh, ataupun yang tamak (kerana ketamakan seperti penyembahan berhala), tidak akan menikmati Pemerintahan Kristus dan Allah."

MENJIRAM BENIH
Allah mengarahkan kita mengasihiNya dengan segenap hati, segenap jiwa, segenap fikiran, dan segenap kekuatan kita (Markus 12:30). Bagaimanakah kita ketahui sekiranya kita telah menggantikan Allah dengan benda lain? Perhatikan ke manakah fikiran kita merayau, kepada apakah yang kita tumpukan perhatian kita, bagaimana kita menggunakan wang kita, bagaimana kita meluangkan masa, perkataan kita, di mana usaha kita, atau perkara yang paling menjadikan kita tidak selesa. Contohnya, apakah kekhuatiran anda? Apakah tajuk doa atau perbualan anda yang paling kerap? Anda boleh praktikal dan proaktif sekali.

Hari ini, telitikan diri sendiri dengan kesedaran ayat ini. Apakah tumpuan anda? Siapakah tumpuan anda? Apakah keinginan anda? Siapakah tuan anda? Akui iri hati atau penyembahan berhala bila anda menyedarinya, dan bertaubatlah. Dari ini, apakah kesedaran anda tentang siapa atau apa yang anda kasihi? Buangkan segala yang mengambil tempat Allah, dan jangan kembali kepadanya. Kembali kepada Tuhan, Penciptamu (Wahyu 2:4-5).

BERBUAH
Jangan letakkan sebarang lain di tempat Allah.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 25Hari 27

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org