Melepaskan Diri Daripada Iri Hati Pelan Bacaan Enam Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

HARI 5 DARIPADA 6

Hari 5—Punca Iri Hati 

Pada suatu hari dalam musim bunga, saya mengembara berjalan kaki dengan anak perempuan saya yang berumur enam tahun. Kami amat teruja kerana akhirnya cuaca cukup panas untuk ke luar, dan berseronok-seronok menerokai hutan kecil di sekeliling rumah kami. Selepas itu, ia bercakap tidak henti-henti tentang betapa ia menyukai alam semula jadi. "Saya ialah pencinta alam," katanya dan saya hanya tersenyum, mengetahui bahawa ia akan hilang minat sebaik sahaja bertambahnya kelembapan Oklahoma. "Saya ialah pencinta alam, dan saya satu-satunya!" Saya terpegun. Saya berasa terkejut bahawa anak berumur enam tahun sahaja tidak mahu orang lain menjadi sepertinya atau mempunyai minat yang sama. "Alam semesta cukup besar untuk dinikmati oleh semua orang," saya memberitahunya. 

Jika kita berterus terang, kita bersikap seperti itu juga. Kita ingin menjadi istimewa—menonjol—dan mungkin berasa resah jika orang lain mengancam kepentingan tersebut. Semasa saya memikirkan ini, saya menyempitkannya kepada penetapan minda kekurangan. 

Mungkin sukar untuk minda terbatas kita untuk memahami kelimpahan yang tersedia dalam Kristus. Kita takut "berkat" atau nasib baik akan kehabisan, ataupun Allah akan lupa tentang kita. Kita ingin dilihat, diperhatikan, diraikan. Walau bagaimanapun, apabila kita melihat orang lain diberkati, ia membangunkan iri hati kita dan kita tertanya-tanya sama ada Dia betul-betul mengasihi kita. 

Iri hati tidak terhasil daripada rasa benci akan berkat orang lain. Itu ialah buah iri hati. Saya yakin bahawa punca sebenar iri hati ialah ketidakpercayaan terhadap Allah. 

Saya boleh mengesan iri hati kepada kekecewaan dan mungkin juga kemarahan terhadap Allah. Saya tidak kecewa kerana orang lain memiliki sesuatu dan saya tidak memilikinya. Saya berasa kecewa kerana Allah belum atau nampaknya tidak mahu memberikan saya apa yang saya rasa saya harus terima, dan jika saya berterus terang, saya tidak percaya bahawa Dia tahu hal yang terbaik. 

Dia sepatutnya Allah yang baik, bukan? Ketidakpercayaan terhadap Allah berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang Dia dan sifat sebenar-Nya; tidak mengetahui atau tidak mengingati watak sebenar-Nya. Kebaikan-Nya tidak terhingga. Dia berjanji untuk mengendalikan segala sesuatu untuk kebaikan kita, tetapi kebaikan-Nya tidak boleh diukur berdasarkan pemberian apa yang kita inginkan. Itu bukanlah pengasuhan yang bijak. Sebenarnya, penting untuk mengingati bahawa Dia ialah kasih, supaya segala sesuatu yang dilakukan oleh-Nya boleh ditapis melalui kanta itu.

Kekayaan-Nya tidak terhingga. Mazmur mengatakan bahawa Dia "memiliki lembu di atas ribuan bukit," maksudnya Dia memiliki segala sesuatu dan Dia tidak mungkin ketandusan. Adakah kita mempercayai itu? Bolehkah kita mempercayai bahawa Dia melihat gambaran keseluruhan hidup kita bahawa ada hal yang kita tidak dapat faham lagi? Mungkinkah apa yang disediakan-Nya untuk kita adalah jauh lebih besar daripada apa yang kita harapkan? Adakah kita beriman untuk itu? Saya pernah dengar, "Anda boleh memiliki Allah, atau anda boleh menerima pemahaman, tetapi jarang dapat memiliki kedua-duanya." 

Adakah Allah cukup untuk kita?

Mencapai rehat bahawa Allah ialah cukup bermula dengan mengenali sifat sebenar-Nya. Mengetahui sifat sebenar-Nya timbul daripada menghabiskan masa dalam hadirat-Nya, lebih mengenali-Nya. Seperti yang dikatakan oleh Brennan Manning, "Anda hanya mempercayai Allah sebanyak mana anda mengasihi-Nya. Dan anda akan mengasihi-Nya sebanyak mana anda telah menyentuh-Nya, bukannya sebanyak mana Dia telah menyentuh anda." 

Kita mempelajari bahawa Dia tidak menahan kita atau menghukum kita. Dia ialah Bapa yang baik dan Dia ingin memberkati anak-anak-Nya. Walau bagaimanapun, ini mungkin kelihatan berbeza daripada jangkaan kita. Jika kita boleh membenarkan perasaan iri hati, keraguan, kemarahan, dan kekecewaan mendorong kita ke arah hati-Nya daripada menjauhi-Nya, kita akan mendapati bahawa Dia sentiasa mempunyai rancangan yang lebih besar daripada bayangan kita. Maka, harapan kita bukannya menerima apa yang kita inginkan. Harapan kita ialah maju ke hati-Nya, tempat kepuasan sebenar.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka mahu dilihat, dan perbandingan dengan kehidupan kita menimbulkan perasaan iri hati. Anda tidak mahu perasaan ini untuk membarah dalam anda, tetapi bagaimana pula dengan kerosakan yang disebabkan oleh iri hati orang lain terhadap anda? Dalam pelan bacaan ini, anda akan menemui cara mengatasi iri hati, melindungi hati anda, dan berjalan dengan bebas.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com