Melepaskan Diri Daripada Iri Hati Pelan Bacaan Enam Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

HARI 3 DARIPADA 6

Hari 3—Iri Hati dalam Hati 

Pernahkah anda bercakap dengan seorang kawan atau kenalan dan bakat, nasib baik, atau pencapaian seseorang yang lain disebut? Jawapan yang menyusul keraplah komen yang mengecilkan orang yang dibincangkan itu.

"Kamu dengar tak bahawa ________ telah menulis sebuah buku?"

"Ya, tapi dia terbitkan sendiri."

 

"Gerejanya bertumbuh dengan pesat."

"Pastilah, hiburan tidak henti-henti."

 

"Dia bertambah kurus." 

"Itu hasil pembedahan gastrik."

Komen seperti itu sungguh menjelekkan, tetapi saya mengakui bahawa saya pernah mengucapkannya dan pasti pernah memikirkannya. 

Pematahan suka mencela kita mungkin membuat kita rasa lebih baik pada ketika itu untuk menjamin kesetaraan, tetapi hal yang betul-betul diperlihatkan ialah minda yang lemah dan ketidakpuasan terhadap diri sendiri. 

Francis Bacon mengatakan ini tentang iri hati, "Kita yang tidak dapat memperoleh kebaikan orang lain berpuas hati dengan merosakkan nasib baiknya." Kita benar-benar merosakkan orang lain dengan kata-kata kita atau melalui fikiran dan sikap kita. Semua ini tidak membantu kita menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang tersedia untuk kita.

Setiap orang antara kita memiliki cerminan unik akan kemuliaan Allah. Walau bagaimanapun, sering kali dunia ini (atau komuniti, kenalan, lingkungan anda) tidak menyedari atau meraikan kemuliaan yang unik itu. Sebaliknya, apabila kita berasa iri hati, kita mengurangkan kemuliaan itu. Kita menyerang bakat untuk menghalangnya daripada membayangi kita. 

Kebenarannya ialah, seseorang akan sentiasa memiliki lebih banyak, mencapai lebih banyak, atau menjadi lebih berbakat daripada anda dalam lingkungan tertentu. Itulah sifat dunia ini. Tiada seorang pun yang memiliki segala-galanya, dan kepuasan sebenar yang tenang tidak ditemui di sebelah keabadian ini. Walau bagaimanapun, kita memiliki sesuatu yang berharga, sesuatu yang bernilai, sesuatu yang mungkin membuat orang lain rasa iri hati terhadap kita tanpa kesedaran kita. 

Maka, matlamatnya bukanlah menjadi "kelas kedua". Satu perenggan daripada sebuah novel klasik, Atlas Shrugged menjelaskan ini dengan baik. "Tahukah kamu tentang ciri kelas kedua? Rasa geram terhadap pencapaian orang lain. Orang sensitif yang tidak berapa baik yang duduk menggeletar jangan sampai prestasi orang lain adalah lebih baik daripada prestasinya. Mereka menyeringaikan gigi mereka dari dunia mereka, berfikir bahawa anda suka membiarkan kecemerlangan anda untuk mengelamkan mereka." 

Semasa saya membaca petikan ini, ia menonjol bagi saya kerana dulu saya memanglah "kelas kedua" yang sengsara. Saya percaya orang lain sengaja mengecilkan saya dengan menjadi lebih baik daripada saya—dengan menjadi diri mereka sahaja. Saya rasa iri hati terhadap pencapaian tertentu tetapi tidak bercita-cita untuk mencapai sesuatu untuk diri sendiri. Saya iri hati terhadap kurnia dan bakat tertentu tetapi tidak berwawasan untuk melihat kurnia dan bakat tersendiri. Petikan ini meneruskan, "Impian keagungan mereka {kelas kedua} ialah dunia di mana semua orang menjadi inferior yang diakui mereka. Mereka tidak sedar bahawa impian itu ialah bukti kesederhanaan yang tidak dapat disangkal." 

Adakah kita betul-betul inginkan dunia di mana semua orang ialah inferior yang diakui oleh kita? Betapa sederhananya dunia itu? Kebaikan orang lainlah yang harus menyedarkan kebaikan dalam diri kita. Namun, itu tidak mungkin berlaku jika kita tidak dapat belajar mengakui, menghargai, dan meraikan kebaikan yang kita perhatikan pada orang lain dan menyedari bahawa kurnia, sifat, dan ciri tersebut telah diberikan kepada mereka oleh Allah bukanlah alat untuk mengelamkan kurnia, sifat dan ciri kita secara sengaja. 

Kita boleh mengagumi sesuatu pada orang lain, tetapi jika kita tidak menerima siapa kita ini secukupnya untuk memuji dan menyatakan kekaguman itu, ia akan membarah menjadi racun yang mereputkan kita daripada dalam. 

Kerosakan yang disebabkannya dalam hati kita membinasakan roh kita. Memanglah berbaloi untuk bekerja keras untuk menggali perasaan ini, mencabut akarnya, dan melihatnya kehilangan kuasanya.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka mahu dilihat, dan perbandingan dengan kehidupan kita menimbulkan perasaan iri hati. Anda tidak mahu perasaan ini untuk membarah dalam anda, tetapi bagaimana pula dengan kerosakan yang disebabkan oleh iri hati orang lain terhadap anda? Dalam pelan bacaan ini, anda akan menemui cara mengatasi iri hati, melindungi hati anda, dan berjalan dengan bebas.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com