ZAKHARIA 4:4-10
ZAKHARIA 4:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah yang dilambangkan oleh benda-benda itu, tuan?” “Tidakkah engkau tahu?” malaikat itu bertanya kepadaku. “Tidak tuan,” jawabku. Malaikat itu berkata kepadaku, “Tujuh buah pelita itu melambangkan mata TUHAN yang mengawasi seluruh muka bumi.”
ZAKHARIA 4:4-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu aku bertanya kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu, “Apakah erti semua ini, tuanku?” Malaikat yang berbicara dengan aku itu menjawab, “Tidakkah engkau tahu apa erti semua ini?” Kataku, “Tidak, tuanku.” Katanya kepadaku, “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel, ‘Bukan dengan kegagahan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan Roh-Ku,’ firman TUHAN alam semesta. Siapakah engkau, wahai gunung yang besar? Di hadapan Zerubabel engkau akan menjadi tanah datar. Dia akan membawa keluar batu utama di tengah-tengah pekik sorak, ‘Bagus, bagus sekali batu itu!’ ” Kemudian firman TUHAN datang lagi kepadaku demikian, “Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar bait ini, dan tangannya pula yang akan menyelesaikannya. Maka engkau akan tahu bahawa TUHAN alam semesta, telah mengutus aku kepadamu. Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka akan bersukacita ketika melihat batu ladung di tangan Zerubabel. Ketujuh-tujuh pelita ini adalah mata TUHAN yang menjelajahi seluruh bumi.”