TITUS 3:9-11
TITUS 3:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi jauhkanlah diri daripada perdebatan yang sia-sia, senarai nenek moyang, pertengkaran, dan perkelahian tentang Taurat. Semua itu sia-sia dan tidak berguna. Berikanlah amaran kepada orang yang menyebabkan perpecahan dalam jemaah. Nasihatilah orang itu sekurang-kurangnya dua kali, setelah itu jauhilah dia. Engkau tahu bahawa orang seperti itu jahat dan dosa-dosanya membuktikan dia bersalah.
TITUS 3:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi jauhkanlah deripadamu sagala sual jawab yang bodoh bodoh, dan turun tŭmuron, dan pŭrbantahan, dan pŭrkliehan deri hal hukum tauret; kŭrna iya itu tiada bŭrfiedah, lagi sia sia. Sa’orang yang salah etikad itu, kumdian deripada skali, dua kali ditŭgorkan, tolakkan. Sŭbab tŭlah dikŭtahui, bahwa orang yang dŭmkian itu tŭlah bŭrpaling, sŭrta bŭrdosa, kŭrna iya sŭndiri juga mŭnyalahkan dirinya.
TITUS 3:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaliknya, jauhilah perbahasan yang sia-sia, perbuatan menyusur galur nenek moyang, pertengkaran dan pertikaian tentang hukum Taurat. Segala ini tidak membawa faedah. Berikan amaran kepada sesiapa yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan jemaah. Nasihati dia sekurang-kurangnya dua kali; jika dia tidak berubah, jauhilah dia. Kamu tahu bahawa orang yang demikian itu sesat dan berdosa; dia menjatuhkan hukuman atas dirinya sendiri.