TITUS 3:5-8
TITUS 3:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita. Allah melimpahkan Roh-Nya kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita, supaya oleh rahmat-Nya, kita berbaik semula dengan Allah, dan kita menerima hidup sejati dan kekal yang kita harap-harapkan. Kata-kata itu sungguh benar. Aku mahu engkau memberikan perhatian kepada perkara-perkara tersebut, supaya orang yang percaya kepada Allah sungguh-sungguh berusaha untuk melakukan perbuatan yang baik dan berguna bagi semua orang.
TITUS 3:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Iya itu bukannya kŭrna pŭkŭrjaan amal kami itu yang tŭlah kami bŭrbuat itu, mŭlainkan deripada kamurahannya iya mŭlŭpaskan kami, dŭngan pŭmbasoh kajadian bahru itu, sŭrta dŭngan baiki Roh Alkudos. Yang tŭlah dituangkannya kaatas kami dŭngan kalempahannya, dŭngan bŭrkat Isa Almasih pŭnulong kami. Sŭbab tŭlah dibŭnarkan ulih anugrahnya, maka patutlah kami dijadikan warith warith mŭnurot harap slamat yang kŭkal itu. Inilah pŭrkataan yang sŭtiawan, maka pŭrkara pŭrkara inilah yang kukahandaki kamu amanatkan slalu, supaya marika itu yang pŭrchaya akan Allah itu bulih ingat akan mŭngadakan amal yang baik; bahwa sagala pŭrkara inilah baik, sŭrta mŭndatangkan fiedah kapada manusia.
TITUS 3:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus. Allah melimpahkan Roh Kudus itu kepada kita melalui Yesus Kristus, Penyelamat kita. Maka dengan kasih kurnia-Nya kita sudah diperbenar untuk menjadi anak waris yang mendapat hidup kekal yang kita harapkan. Kata-kata ini benar. Berikanlah perhatian terhadap hal-hal tersebut, supaya orang yang beriman kepada Allah berusaha sepenuhnya untuk melakukan segala yang baik serta bermanfaat kepada semua orang.