TITUS 3:3-5
TITUS 3:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita harus bersikap demikian, kerana dahulu kita juga bodoh, tidak taat, dan sesat. Kita diperhamba oleh berbagai-bagai nafsu dan keinginan. Hidup kita dipenuhi dengan perasaan dengki dan cemburu, dan kita saling membenci. Tetapi Allah, Penyelamat kita menunjukkan kasih dan kebaikan hati-Nya kepada kita. Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Allah menyelamatkan kita melalui Roh-Nya, yang mengurniai kita kelahiran baru dan hidup baru dengan membasuh kita.
TITUS 3:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna kamu sŭndiri pun dahulu tŭrkadang orang yang bodoh, dan dŭrhaka, tŭlah tŭrtipu, mŭnurot bŭrbagie bagie hawa nafsu, dan kasukaan, diam dalam dŭndam, dan dŭngki, dan dalam kabŭnchian, sŭrta mŭmbŭnchi sa’orang akan sa’orang. Tŭtapi sŭtlah dinyatakan kamurahan, dan kasihan Allah pŭnulong kami pada manusia. Iya itu bukannya kŭrna pŭkŭrjaan amal kami itu yang tŭlah kami bŭrbuat itu, mŭlainkan deripada kamurahannya iya mŭlŭpaskan kami, dŭngan pŭmbasoh kajadian bahru itu, sŭrta dŭngan baiki Roh Alkudos.
TITUS 3:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dahulu kita juga bodoh, ingkar dan sesat. Kita dikuasai pelbagai nafsu dan keinginan. Kita hidup dengki-mendengki dan benci-membenci. Tetapi Allah Penyelamat kita menunjukkan belas ihsan dan kasih-Nya kepada kita. Allah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan benar yang kita lakukan, tetapi kerana belas kasihan-Nya. Dia menyelamatkan kita melalui pentahiran kelahiran semula dan melalui pembaharuan yang dilakukan Roh Kudus.