TITUS 3:1-3
TITUS 3:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatkan anggota jemaahmu supaya taat kepada pemerintah dan penguasa, patuh kepada mereka dan bersedia melakukan segala perkara yang baik. Beritahu jemaahmu supaya tidak mengumpat ataupun bertengkar dengan sesiapa pun, tetapi bersikap ramah tamah dan lemah lembut kepada semua orang. Kita harus bersikap demikian, kerana dahulu kita juga bodoh, tidak taat, dan sesat. Kita diperhamba oleh berbagai-bagai nafsu dan keinginan. Hidup kita dipenuhi dengan perasaan dengki dan cemburu, dan kita saling membenci.
TITUS 3:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA ingatkanlah akan marika itu supaya iya mŭnalokkan dirinya kabawa sagala pŭngwasaau, dan pŭmrentahan, dan mŭnurot prentah hakim hakim, sŭrta sŭdialah bagie sagala pŭrbuatan yang baik. Dan janganlah mŭnjahatkan barang sa’orang, dan janganlah mŭnjadi orang pŭrkliehan, mŭlainkan lŭmah lŭmbut, sŭrta unjokkanlah sŭmata mata lŭmbut hati kapada sagala orang. Kŭrna kamu sŭndiri pun dahulu tŭrkadang orang yang bodoh, dan dŭrhaka, tŭlah tŭrtipu, mŭnurot bŭrbagie bagie hawa nafsu, dan kasukaan, diam dalam dŭndam, dan dŭngki, dan dalam kabŭnchian, sŭrta mŭmbŭnchi sa’orang akan sa’orang.
TITUS 3:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Nasihati jemaahmu supaya taat akan pemerintah dan penguasa, serta sentiasa bersedia melakukan kebaikan. Larang mereka mengumpat atau bertengkar, dan dorong mereka bersikap ramah-tamah serta lemah lembut kepada semua orang. Dahulu kita juga bodoh, ingkar dan sesat. Kita dikuasai pelbagai nafsu dan keinginan. Kita hidup dengki-mendengki dan benci-membenci.