TITUS 2:13-14
TITUS 2:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang kita sedang menantikan Hari yang kita harap-harapkan itu, apabila keagungan Allah Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan kelihatan. Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik.
TITUS 2:13-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sambil mŭnantikan harap yang bŭrbahgia itu, sŭrta kamuliaan Allah yang maha bŭsar akan dinyatakan itu, dan Isa Almasih pŭnulong kami, Yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya akan ganti kami, supaya ditŭbuskannya kami deripada sagala kŭjahatan, dan mŭnyuchikan suatu kaum bagie dirinya yang bŭrasing, dan rajin dalam pŭrbuatan yang baik.
TITUS 2:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita sedang menunggu hari yang penuh berkat yang kita harap-harapkan, ketika kemuliaan Allah Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan terserlah. Kristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, menjadikan kita milik-Nya serta mendorong kita berbuat baik.