TITUS 2:11-13
TITUS 2:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian, kerana Allah sudah menunjukkan rahmat-Nya untuk menyelamatkan umat manusia. Rahmat-Nya mengajar kita supaya hidup salih dan tidak mengejar hal-hal keduniaan. Di dalam dunia ini kita harus hidup dengan mengawal diri, jujur, dan menghormati Allah. Sekarang kita sedang menantikan Hari yang kita harap-harapkan itu, apabila keagungan Allah Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan kelihatan.
TITUS 2:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna anugrah Allah yang mŭndatangkan slamat itu tŭlah klihatanlah pada sagala manusia, Mŭngajar kami, iya itu sŭtlah kami mŭnolakkan klakuan fasik, dan sagala nafsu dunia, patutlah kami bŭrlaku sopan, dan kabŭnaran, dan kabaktian dalam dunia. Sambil mŭnantikan harap yang bŭrbahgia itu, sŭrta kamuliaan Allah yang maha bŭsar akan dinyatakan itu, dan Isa Almasih pŭnulong kami
TITUS 2:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata. Kita diajar supaya hidup warak, tidak memburu keinginan duniawi, mengawal diri, ikhlas, dan menghormati Allah pada zaman ini. Kita sedang menunggu hari yang penuh berkat yang kita harap-harapkan, ketika kemuliaan Allah Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan terserlah.