TITUS 1:7-8
TITUS 1:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna sa’orang guru Injil itu, patut mŭnjadi orang yang tiada bŭrsalah, spŭrti bŭndahari Allah adanya; bukannya sa’orang yang mŭnurot kahandak hatinya sŭndiri, dan tiada lŭkas marah, dan tiada sangat mŭminom anggor, dan tiada mŭmukol orang, dan tiada yang mŭnchari laba yang kŭji; Tŭtapi sa’orang yang suka mŭmbri tumpang, dan yang bŭrsuka akan orang yang baik baik, dan sopan, dan bŭnar, dan suchi klakuannya, dan jimat.
TITUS 1:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal itu demikian kerana seorang pemimpin jemaah bertugas mengurus pekerjaan Allah. Oleh itu dia haruslah tidak bercela. Dia tidak boleh sombong ataupun cepat marah, atau pemabuk, atau suka berkelahi, ataupun tamak akan wang. Dia mesti suka menyambut orang ke rumah dan menyukai apa yang baik. Dia harus tahu mengawal diri, jujur, suci, dan berdisiplin.
TITUS 1:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ini perlu kerana seorang penyelia jemaah memegang tugas mengendalikan pekerjaan Allah. Oleh yang demikian, dia mestilah tidak bercela — tidak menindas orang lain, tidak pemarah, tidak pemabuk, tidak ganas, dan tidak rakus. Dia haruslah bersifat mesra, mencintai kebaikan, pandai menguasai diri, tulus, suci dan tertib.