KIDUNG AGUNG 8:1-4
KIDUNG AGUNG 8:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Alangkah baiknya jika engkau saudaraku, yang disusui oleh ibuku sendiri, supaya apabila aku menemui engkau di tengah jalan, aku boleh mencium engkau, dan tidak sesiapa pun menghina aku. Aku akan membawa engkau ke rumah ibuku, dan engkau akan mengajar aku bercinta. Aku akan memberi engkau minum wain campur dan air buah delimaku. Tangan kirimu menopang kepalaku, dan tangan kananmu membelai aku. Berjanjilah, hai puteri-puteri Yerusalem, bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.
KIDUNG AGUNG 8:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ah, seandainya engkau saudara laki-lakiku, yang pernah menyusui payudara ibuku! Jika kutemui engkau di luar, akan kucium engkau, dan tiada seorang pun akan menghina aku. Aku akan menuntun engkau dan membawa engkau ke rumah ibuku — orang yang telah mendidik aku. Aku akan memberimu minum air anggur bercampur rempah-ratus, sari buah delimaku. Tangan kirinya di bawah kepalaku, dan tangan kanannya memeluk aku. Dengan sungguh-sungguh aku minta kepadamu, wahai para puteri Yerusalem, jangan bangkitkan dan jangan gerakkan cinta sebelum dikehendakinya.