KIDUNG AGUNG 1:5-6
KIDUNG AGUNG 1:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai puteri-puteri Yerusalem, sungguhpun aku hitam tetapi aku manis; walaupun aku hitam seperti khemah Kedar, tetapi aku cantik seperti tirai di istana Salomo. Jangan hina aku kerana kulitku hitam; aku hitam kerana kena sinaran matahari. Saudara-saudaraku marah terhadap aku, dan memaksa aku bekerja di ladang anggur; aku tiada masa menjaga diriku sendiri.
Kongsi
Baca KIDUNG AGUNG 1KIDUNG AGUNG 1:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Memang aku hitam, tetapi elok, wahai para puteri Yerusalem, biarpun hitam bak khemah-khemah Kedar, namun elok seperti tirai istana Salomo! Usah tenung aku kerana aku hitam, kerana panasnya suria menggelapkan wajahku. Anak-anak ibuku yang marah kepadaku, menjadikan aku penjaga kebun anggur; hinggakan kebun anggurku sendiri tidak kujaga.
Kongsi
Baca KIDUNG AGUNG 1