RUT 4:17-22
RUT 4:17-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kaum perempuan yang berjiran dengan Naomi menamakan anak itu Obed. Mereka berkata kepada setiap orang, “Naomi mempunyai seorang anak lelaki!” Obed inilah yang kemudian menjadi bapa Isai, dan Isai menjadi bapa Daud. Keturunan Peres sehingga Daud adalah sebagai berikut: Peres, Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas, Obed, Isai, dan Daud.
RUT 4:17-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Para jiran wanita menamakan bayi itu sambil berkata, “Kepada Naomi, seorang putera telah dilahirkan.” Lalu mereka menamakan bayi itu Obed. Dan Obed ialah bapa Isai, iaitu bapa Daud. Maka beginilah salasilah Peres: Zuriat Peres ialah Hezron, dan zuriat Hezron ialah Ram dan zuriat Ram pula ialah Aminadab dan zuriat Aminadab ialah Nahason dan zuriat Nahason ialah Salmon dan zuriat Salmon ialah Boas dan kepada Boas lahirlah Obed dan kepada Obed lahirlah Isai dan kepada Isai lahirlah Daud.